Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Samsung dilapor bakal suntik iklan dalam telefon anda, tapi kenapa?

Samsung sejak dua menjak ini bukan saja membanjirkan pasaran kelas pertengahan dengan produk baru terutamanya siri A dan siri M, tapi ia ditawarkan pada harga yang sangat kompetetif. Ia mengembalikan nama Samsung dalam radar pengguna sewaktu lakukan pertimbangan. Namun begitu, harga yang luar biasa murah itu mungkin ada “pengerasnya”.

Galaxy A71 & Galaxy A51
Galaxy M31
Galaxy A31

Beberapa maklumat yang dikongsikan di Internet mendapati yang Samsung mungkin akan masukkan iklan dalam skin One UI versi akan datang. Sekiranya benar, ia mungkin bertujuan untuk mengembalikan margin keuntungan yang menipis akibat strategi harga mereka yang agak agresif ini.

Bukan setakat iklan biasa, ada juga iklan yang tidak boleh di-skip dan pengguna perlu menunggu 15 saat sebelum boleh memadamkan iklan yang terpapar itu. Beberapa pengeluar dari China sudahpun lakukan perkara sama sejak sekian lama seperti Xiaomi dan seangkatan dengannya.

Taktik yang serupa dilakukan MIUI sejak sekian lama

Namun, pengguna tiada pilihan lain sekiranya ingin dapatkan telefon pada harga yang rendah. Di Samsung, sekiranya mereka tidak merendahkan lagi harga jualan berbanding sekarang, sudah tentu pengguna akan menghukum mereka.

Apa pendapat anda? Adakah adil untuk pengeluar telefon memasukkan iklan dalam produk yang sudahpun kita beli?

Sumber: AndoidAuthority

BACA  PROMO: Banyak telefon turun harga bawah RM1,000 di Shopee pada 23 Julai