Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

13,000 klon telefon Vivo dikesan, salah satunya berpotensi terlibat dengan jenayah

Nombor IMEI pada telefon pintar ibarat nombor pendaftaran kenderaan. Daripadanya, anda boleh dapatkan maklumat seperti model, nombor chasis, pemilik, bila tarikh dikeluarkan, dan sebagainya. Maka, IMEI sepatutnya unik kepada setiap telefon. Tapi lain pula ceritanya di India.

Pihak polis di sana mengesan lebih 13 ribu telefon berjenama Vivo miliki IMEI yang sama. Ia selepas salah seorang pegawaimya mendapati yang telefonnya sentiasa dihujani mesej pop-up amaran serta IMEI-nya telah berubah selepas telefonnya dihantar kepada seseorang untuk dibaiki.

Menurut Times of India, ini bukanlah insiden kali pertama. Dalam bulan November 2019, isu tersebut turut dikesan dalam telefon berjenama Vivo, Dalam insiden tersebut, seorang pengusaha kedai telefon ditahan dengan pelbagai kelengkapan yang dipercayai diguna untuk menyuntik IMEI palsu dalam telefon.

Ada pelbagai sebab kenapa ada pengguna yang perlu mengubah nombor IMEI telefon. Yang pertama ialah sekiranya telefon itu ialah telefon curi, telco boleh menyekat IMEI tersebut daripada berhubung dengan rangkaian mereka. Maka, ia jadi pemberat yang tak berguna.

Selain itu, penggunaan IMEI palsu menghalang pihak berkuasa daripada mengesan perbuatan jenayah melalui telefon kerana selepas selesai “operasi” mereka boleh gantikannya dengan yang baru tanpa perlu tukar telefon.

Sumber: Android Authority

BACA  Isu video tular kena saman sebab tak pakai topeng, ini jawapan MKN