Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Google Maps suntik beberapa fungsi untuk bantu salur maklumat tentang COVID-19

Google Maps telah memperkenalkan beberapa fungsi baru pada perkhidmatannya bagi membantu pengguna servis pemetaan terkenal dunia itu menempuhi norma baharu kehidupan dalam persekitaran COVID-19 ini.

Dalam pasaran terpilih, pengguna yang menaiki pengangkutan awam boleh mengetahui tahap kesesakan pengangkutan yang bakal mereka naiki untuk bergerak. Titik pemeriksaan dan sekatan perjalanan turut dimasukkan dalam map kalau-kalau mereka memandu.

Google turut mengambil inisiatif menghimpunkan maklumat daripada khalayak ramai tentang waktu operasi baharu lokasi-lokasi tertentu untuk dikemas kini dalam perkhidmatan mereka.

Setakat ini, ciri tersebut boleh diapati di beberapa pasaran terpilih, antaranya adalah Argentina, Australia, Belgium, Brazil, Colombia, France, India, Mexico, Belanda, Sepanyol, Thailand, United Kingdom, dan Amerika Syarikat.

Walau bagaimanapun, pengguna yang berada di luar pasaran yang dinyatakan tadi boleh saja gunakan ciri yang tersedia ada pada Google Maps. Contohnya, anda boleh periksa sesak manakah destinasi tujuan anda sebelum mulakan perjalanan ataupun sasarkan untuk tiba pada kesekian waktu supaya tidak bertembung dengan khalayak yang ramai.

Lakukan saja carian destinasi anda di Google, contohnya “MidValley Megamall” dan pergi ke maklumat lokasi. Di sana, anda dihidangkan dengan statistik bilakah tempat itu akan dikerumuni pengunjung. Dengannya, bolehlah anda buat keputusan yang lebih termaklum.

BACA  Polis & SKMM serbu pejabat Al Jazeera, Astro dan UnifiTV