• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon Huawei 5G dengan harga lebih mampu dimiliki akan tiba pada 19 Jun

  • OLEH Najib
  • 5:55 pm
  • 10/06/2020
  • Komen
Telefon Huawei 5G dengan harga lebih mampu dimiliki akan tiba pada 19 Jun
Share on FacebookShare on Twitter

Pada bulan Jun ini, Huawei Malaysia akan melancarkan beberapa produk baru mereka dan salah satu darinya adalah telefon pintar Nova 7 SE 5G. Ia adalah telefon pintar 5G kelas pertengahan, yang lebih mampu dimiliki di Malaysia.

Telefon ini dikuasakan dengan cip Kirin 820 5G, bersama RAM 8GB dan storan dalaman 128GB. Ia menerima kad memori NM sehingga 256GB untuk storan tambahan.



Skrinnya dari jenis LCD berlubang, berukuran 6.5-inci dengan resolusi HD Penuh. Pengimbas cap jarinya terletak di sisi, digabungkan dengan butang kuasa. Telefon ini memiliki bateri berkapasiti 4,000mAh, yang menyokong pengecasan pantas 40W USB-C.

Terdapat 4 kamera belakang padanya iaitu kamera utama 64MP F1.8, kamera ultra lebar 8MP F2.4, kamera bokeh 2MP F2.4 dan kamera makro 2MP F2.4. Kamera hadapannya 16MP F2.0, terletak di dalam lubang di bahagian atas skrin.



Telefon pintar Nova 7 SE 5G menjalankan sistem operasi EMUI 10.1.1 berasaskan Android 10. Disebabkan ia model baru dengan cip baru, telefon ini tidak memiliki Google Mobile Services. Ia menggunakan Huawei Mobile Services dengan AppGallery sebagai stor aplikasi.

Terdapat tiga warna disediakan untuk Nova 7 SE 5G iaitu ungu, hijau dan perak. Ia dikatakan akan dijual pada harga lebih dari RM1,000 di Malaysia. Memandangkan adiknya Nova 7i sudah berharga RM1,099, harga untuk Nova 7 SE 5G kami jangka sekitar RM1,499.

Telefon pintar baru dari Huawei ini akan mula dijual di Malaysia pada 19 Jun 2020. Ia akan turut diperkenalkan dengan beberapa lagi produk baru Huawei lain, antaranya telefon pintar Nova 7 5G, fon kepala TWS Freebuds 3i, tablet Huawei MatePad Pro 5G, dan telefon pintar P40 Pro+ 5G.

Layari laman produk Huawei Nova 7 SE 5G untuk mengenalinya dengan lebih lanjut.

Tags: 5gHuaweihuawei nova 7 se
Najib

Najib

POPULAR

Telefon Huawei 5G dengan harga lebih mampu dimiliki akan tiba pada 19 Jun

Telefon Huawei 5G dengan harga lebih mampu dimiliki akan tiba pada 19 Jun

10 June 2020
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

10 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN