Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

PKPP: Sekolah akan dibuka pada 24 Jun untuk pelajar SPM, STPM, SVM dan STAM

Menteri Pendidikan Malaysia, Mohd Radzi Md Jidin hari ini mengumumkan bahawa sekolah akan mula dibuka pada 24 Jun 2020 secara berperingkat. Keputusan ini dibuat selepas mendapatkan nasihat dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Untuk peringkat pertama pada 24 Jun, sekolah akan dibuka untuk pelajar yang mengambil peperiksaan awam tahun ini iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Ia juga akan dibenarkan untuk pelajar yang menduduki peperiksaan antarabangsa yang setaraf dengan peperiksaan yang disebut tadi.

Kebenaran ini melibatkan seramai 500,444 pelajar dan 2,444 sekolah menengah kebangsaan serta beberapa ratus sekolah antarabangsa di seluruh negara.

Pengumuman untuk pelajar lain akan diberitahu kemudian, selewat-lewatnya 2 minggu sebelum sekolah dibuka untuk mereka.

Bagi menjaga keselamatan dan kesihatan pelajar serta warga sekolah, pihak sekolah perlu mematuhi SOP dan panduan kesihatan yang telah diumumkan sebelum ini oleh Menteri Pendidikan. Antaranya ialah pemeriksaan suhu di pintu masuk sekolah, penjarakan sosial di dalam kelas dan makan minum di dalam kelas sahaja.

Sumber: Malay Mail, TV3

BACA  Laptop Huawei Matebook 14 berkuasa AMD Ryzen 4000 akan datang ke Malaysia