Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

6.3 juta pengguna elektrik terima diskaun antara 15% hingga 50%

Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberikan diskaun berperingkat sebanyak 15% hingga 50% kepada kira-kita 6.3 juta pengguna yang tergolong dalam kategori B40 dan M40. Pemberian diskaun itu berdasarkan penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 600 kilowatt sebulan dari 1 April hingga 30 September 2020.

Menurut Ketua Pegawai Runcit TNB, Megat Jalaluddin Megat Hassan, jumlah berkenaan melibatkan lebih 80% daripada 7.5 juta pengguna sektor kediaman. Diskaun ini merupakan salah satu inisiatif dalam pakej PRIHATIN.

Sumber: TNB

Menerusi pakej tersebut kadar diskaun bil tenaga pengguna domestik, diberikan mengikut penggunaan seperti berikut:

  1. Diskaun 50%: Penggunaan di bawah 200 kilowatt
  2. Diskaun25%: Penggunaan antara 201 hingga 300 kilowatt
  3. Diskaun15%: Penggunaan antara 301 hingga 600 kilowatt
  4. Diskaun2%: Penggunaan melebihi 600 kilowatt

Sementara itu, diskaun 2% untuk penggunaan elektrik dalam tempoh sama turut diberikan kepada pengguna lain dalam kategori perdagangan, perindustrian dan pertanian.

Pelan Bayaran Mudah

Dalam pada itu, Pelan Bayaran Mudah turut ditawarkan secara automatik kepada lebih 7.5 juta pengguna sektor kediaman. Ia bertujuan bagi menyelesaikan bil elektrik yang tertunggak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menerusi pelan tersebut, sambil membayar bil semasa, pengguna boleh membuat pembayaran tunggakan bil secara ansuran sehingga Disember 2020. Pengguna juga boleh menjelaskan sepenuhnya bil tunggakan mereka tanpa perlu mengikuti skim bayaran berkenaan.

Bagi mereka yang ingin mengetahui kadar bayaran minimum ansuran, anda boleh merujuk pada bil semasa. Jumlah berkenaan dinyatakan dalam kotak kuning yang terletak pada hujung sebelah kanan bil.

Penalti Lewat Bayar & Pemotongan Bekalan

Pada masa sama, TNB turut melaksanakan pengecualian Penalti Lewat Bayar sehingga akhir September dan penangguhan pemotongan bekalan sehingga 31 Julai 2020.

BACA  Telegram iOS boleh import mesej anda dari WhatsApp iOS, ini caranya

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh ke laman web TNB di pautan ini.

Sumber: Harian Metro