• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PENJANA: Senarai harga baharu Perodua sehingga 31 Disember 2020

  • OLEH Ghazali Alias
  • 1:09 pm
  • 11/06/2020
  • Komen
PENJANA: Senarai harga baharu Perodua sehingga 31 Disember 2020
Share on FacebookShare on Twitter

Perodua mengumumkan penurunan harga kenderaan. Ia ditawarkan lebih awal sebelum pelaksanaan pengecualian cukai jualan kenderaan pemasangan tempatan (CKD) dan import sepenuhnya (CBU) bermula 15 Jun hingga 31 Disember 2020. Pengecualian ini merupakan salah satu Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad, penurunan harga tersebut melibatkan jumlah antara tiga hingga enam peratus dari harga asal, mengikut jenis model kenderaan bermula 10 Jun 2020.



Penurunan harga ini akan diberikan dalam bentuk rebat tunai bagi mereka yang ingin membeli kenderaan Perodua sehingga 14 Jun 2020. Manakala, selepas 15 Jun 2020, harga rendah baharu akan dikekalkan.

Senarai harga baharu Perodua sehingga 31 Disember 2020



Dalam pada itu, Perodua juga memaklumkan bahawa syarikat itu mencatatkan penguasaan 41% pasaran berbanding keseluruhan industri, menerusi penjualan 52,920 unit kenderaan sepanjang lima bulan pertama tahun 2020.

Untuk maklumat lanjut berhubung harga dan rebat kenderaan Perodua, orang ramai boleh ke laman web Perodua di pautan ini.

Selain Perodua, khabarnya syarikat kenderaan lain termasuk Proton juga difahamkan akan mengeluarkan senarai harga baharu kenderaan keluaran masing-masing dalam masa terdekat. Berapa penurunan yang akan diberikan, kita tunggu dan lihat nanti.

Sumber: Berita Harian

PENJANA: Senarai harga baharu Toyota sehingga 31 Disember 2020
PENJANA: Senarai harga baharu Proton dan Honda sehingga 31 Disember 2020
Tags: PENJANAPerodua
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

PENJANA: Senarai harga baharu Perodua sehingga 31 Disember 2020

PENJANA: Senarai harga baharu Perodua sehingga 31 Disember 2020

11 June 2020
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

14 September 2026
Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN