• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PENJANA: Senarai harga baharu Proton dan Honda sehingga 31 Disember 2020

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:29 pm
  • 15/06/2020
  • Komen
PENJANA: Senarai harga baharu Proton dan Honda sehingga 31 Disember 2020
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas Perodua, kini Proton dan Honda masing-masing telah terbitkan harga baharu kereta selepas pengumuman pengecualian cukai jualan menerusi Penjana.

PENJANA: Senarai harga baharu Perodua sehingga 31 Disember 2020

Harga baharu ini akan dinikmati pengguna sehingga akhir tahun 2020 ini. Berikut adalah harga baharu produk oleh dua pengeluar kenderaan terkemuka Malaysia ini.



Proton

Model yang beroleh penurunan paling tinggi ialah X70 varian tertinggi. Selepas penolakan cukai SST, harga baharunya ialah RM115,800 ataupun 5.7% lebih murah daripada biasa.

Untuk kereta harga patut, Saga 1.3 Standard MT adalah yang paling murah. Namun, harga selepas diskaun cumalah RM400 lebih rendah daripada biasa. Anda boleh dapatkan Saga 1.3 Standard MT pada harga RM32,400.



PENJANA: Senarai harga baharu Toyota sehingga 31 Disember 2020

Honda

Di kedai Honda, diskaun yang ditawarkan mereka rata-rata lebih tinggi daripada Proton. Tidaklah menghairankan sebab semua kereta mereka lebih mahal daripada Proton daripada segi segmen.

Diskaun yang menarik boleh anda nikmati pada kereta keluarga BR-V yang boleh didapati pada harga bermula RM86,726. Untuk kereta kompak Jazz dan City, mereka terima diskaun serendah RM2,788 dan dijual pada harga sekitar RM72,511 hingga RM87,600.

Diskaun paling tinggi daripada segi peratusan ialah pada honda HR-V. Anda nikmati diskaun setinggi 4.99% untuk terima potongan RM6,245 keatas varian 1.8 RS warna White Orchid Pearl.

Tags: hondaproton
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Tahu tak, telefon siri Galaxy A ada kecerdasan pintar seperti Jarvis?

29 Mac 2023
Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
PENJANA: Senarai harga baharu Proton dan Honda sehingga 31 Disember 2020

PENJANA: Senarai harga baharu Proton dan Honda sehingga 31 Disember 2020

15 Jun 2020
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
Redmi Note 12 diperkasa dua cip baharu Snapdragon pada harga patut

Redmi Note 12 diperkasa dua cip baharu Snapdragon pada harga patut

25 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER