• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PKPP: UTC kembali dibuka dan waktu operasi dipanjangkan sehingga 9 malam

  • OLEH Ghazali Alias
  • 4:32 pm
  • 11/06/2020
  • Komen
PKPP: UTC kembali dibuka dan waktu operasi dipanjangkan sehingga 9 malam
Share on FacebookShare on Twitter

Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara akan kembali beroperasi bermula 15 Jun 2020. Waktu operasinya juga akan diseragamkan. Ia dibuka setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad. Sebelum ini, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac 2020, operasi semua UTC ditutup kepada umum.

Perkara berkenaan diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ia selaras dengan Teras Ketiga Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), iaitu Merangsang Ekonomi melalui Pelanjutan Waktu Perkhidmatan Dalam Norma Baharu.



Waktu operasi baharu UTC adalah seperti berikut:

Semenanjung Malaysia



  • Isnin hingga Jumaat: 8:00 pagi hingga 9:00 malam
  • Sabtu dan Ahad: 8:00 pagi hingga 5:00 petang
  • Waktu Rehat Solat Jumaat: 12:15 tengah hari hingga 2:45 petang

Sarawak

  • Isnin hingga Jumaat: 8:00 pagi hingga 5:00 petang
  • Sabtu dan Ahad: 8:00 pagi hingga 5:00 petang
  • Waktu Rehat Solat Jumaat: 11:45 pagi hingga 2:15 petang

Sabah

  • Isnin hingga Jumaat: 8:00 pagi hingga 5:00 petang
  • Sabtu dan Ahad: 8:00 pagi hingga 5:00 petang
  • Waktu Rehat Solat Jumaat: 11:30  pagi hingga 2:00 petang

UTC akan beroperasi setiap hari kecuali cuti umum kebangsaan dan negeri.

Terdahulu, bermula 1 Januari 2019, waktu operasi UTC telah dipendekkan, iaitu pada pukul 8 pagi hingga 7 malam. Perkara itu dilaksanakan bagi menjimatkan kos operasi termasuk pembayaran kerja lebih masa dan utiliti.

Dengan waktu operasi yang kembali dipanjangkan sehingga waktu malam, pastinya UTC akan jadi satu kemudahan buat orang ramai, terutama buat mereka yang tiada masa di waktu pagi untuk berurusan dengan kaunter perkhidmatan sektor kerajaan.

Sumber: FMT, MOF, Astro Awani

Tags: PENJANAUTC
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

26 Januari 2023
PKPP: UTC kembali dibuka dan waktu operasi dipanjangkan sehingga 9 malam

PKPP: UTC kembali dibuka dan waktu operasi dipanjangkan sehingga 9 malam

11 Jun 2020
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Anda boleh bergambar dalam sudut senget, serong, miring atau terbalik dengan telefon ini

Dapatkan pelbagai sudut gambar menarik guna Galaxy Z Flip4 tanpa bantuan tripod & orang lain

13 November 2022
Samsung Wallet kini di Malaysia, periksa telefon anda untuk kemas kini

Samsung Wallet kini di Malaysia, periksa telefon anda untuk kemas kini

30 Januari 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER