• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ciri Twitter baru bakal suruh pengguna baca dahulu kandungan sebelum kongsi

  • OLEH Ghazali Alias
  • 4:34 pm
  • 11/06/2020
  • Komen
Twitter mungkin boleh di EDIT dalam masa  5 saat
Share on FacebookShare on Twitter

Twitter memaklumkan akan mencuba ciri baharu aplikasinya di platform Android. Ia merupakan ciri pengesahan buat pengguna, sama ada sudah membaca apa-apa perkongsian artikel yang ingin dikongsikan (retweet) oleh mereka.

Berdasarkan status di akaun Twitter Support, ciri tersebut merupakan inisiatif pihaknya untuk membendung penularan berita palsu. Sekiranya pengguna mahu retweet, ciri ini akan mengingatkan pengguna untuk membukanya terlebih dahulu.



Sharing an article can spark conversation, so you may want to read it before you Tweet it.

To help promote informed discussion, we’re testing a new prompt on Android –– when you Retweet an article that you haven’t opened on Twitter, we may ask if you’d like to open it first.

— Twitter Support (@TwitterSupport) June 10, 2020

Jelas pihak Twitter lagi, ciri ini juga merupakan salah satu kaedah yang ingin dicuba untuk meningkatkan budaya komunikasi yang lebih sihat dalam kalangan pengguna.

Walau bagaimanapun, pengguna masih diberi pilihan untuk terus retweet perkongsian yang mereka mahu tanpa membukanya terlebih dahulu.



Selain Twitter, platform media sosial lain juga sedang berusaha untuk membendung penularan berita palsu dan tidak ditentu sahkan. Lebih membimbangkan, perkongsian yang dikongsi tidak dibaca secara menyeluruh termasuk di ruangan komen.

Terdahulu, aplikasi permesejan, Whatsapp juga telah menghadkan mesej forwarded kepada satu kali sahaja. Menerusi had baharu itu, mesej dari orang lain yang ingin di’forward‘, hanya boleh dihantar kepada satu kenalan sahaja. Ia tidak boleh dihantar ke 2 orang atau lebih.

Penularan berita palsu bukan sesuatu yang baharu. Dengan pendekatan dan usaha yang dilakukan oleh penyedia platform media sosial, ia sedikit sebanyak dapat membantu mengekangnya daripada tersebar secara meluas.

Sumber: Gadgets360

Tags: RetweetTwitter
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Twitter mungkin boleh di EDIT dalam masa  5 saat

Ciri Twitter baru bakal suruh pengguna baca dahulu kandungan sebelum kongsi

11 June 2020
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER