Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Yoodo beri 3GB percuma untuk mohon maaf akibat gangguan selama 24 jam

Pada 8 Jun lepas, semua pengguna Yoodo berhadapan masalah dengan rangkaian tersebut apabila tidak dapat menggunakan internet, panggilan dan SMS. Kegendalaan tersebut berlarutan hampir 24 jam dengan aplikasi Yoodo masih tidak dapat diakses masuk walaupun sambungan internet telah pulih.

Sehubungan itu, bagi memohon maaf kepada semua pengguna, Yoodo mengumumkan pemberian data 3GB percuma kepada semua. Data percuma ini akan dikreditkan ke dalam akaun pengguna yang aktif, bermula pukul 12.01 tengah malam hari Jumaat ini, 12 Jun 2020.

Jika anda ada data asas atau booster, 3GB ini akan dapat dilihat ditambah ke dalam kuota data anda. Kalau anda tiada data asas atau booster, 3GB percuma masih akan ditambah tetapi ia tidak akan dipaparkan pada Dashboard. Data percuma ini sah digunakan sehingga kitaran anda seterusnya.

Yoodo telah beberapa kali berhadapan gangguan rangkaian tetapi kebanyakan masanya ia adalah masalah Celcom, selaku penyedia rangkaian yang ditumpang Yoodo. Tetapi kali ini, ia adalah masalah dari Yoodo sendiri dan mengakui salah mereka.

Satu perkara yang boleh dipuji, Yoodo sering memberikan data percuma setiap kali pengguna berhadapan masalah rangkaian. Perkara ini berbeza dengan kebanyakan syarikat telekomunikasi lain, yang tidak ambil kisah selepas masalah yang dihadapi pengguna mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai pampasan data percuma ini, layari ruangan soalan lazim FAQ Yoodo di sini.

BACA  Samsung Galaxy Watch 3 kembali dengan bingkai berputar