Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

23 tajuk permainan ini sah akan datang ke PlayStation 5

Sony pagi ini telah memperlihatkan rupa sebenar konsol permainan akan datang mereka, Playstation 5. Mereka memperkenalkannya di dalam dua versi, Playstation 5 (PS5) dan Playstation 5 Digital Edition

Tidak banyak yang diterangkan oleh Sony dalam persembahan pagi tadi, termasuk harga dan tarikh jualannya. Tapi rupa luarannya menunjukkan, Digital Edition tidak memiliki pemacu cakera optik. Mungkin kerana itu namanya digital, semua permainan dimuat turun dalam talian.

Di sini kami senaraikan beberapa tajuk permainan yang telah diumumkan sedia untuk dimainkan pada PS5 kelak:

1. Grand Theft Auto V

  • Permainan ini sebenarnya pertama kali dilancarkan untuk PS3 pada tahun 2013 dan turut terdapat pada PS4. Ia digandingkan dengan mod atas talian GTA Online, menjadikan ia malar segar untuk dimainkan. Tetapi lebih penting lagi, ia menjadi durian runtuh buat pembangunnya, Rockstar dan Take-Two Interactive.
  • Menurut Sony, dengan kuasa baru di dalam PS5, GTA V akan menampilkan visual yang lebih menarik dan prestasi yang lebih tinggi di samping cara bermain lebih responsif.
  • Pemilik PS5 kelak boleh mendapatkan salinan GTA Online secara percuma dalam masa 3 bulan selepas PS5 dilancarkan, tetapi ia masih memerlukan keahlian Playstation Plus untuk dimainkan.

2. Gran Turismo 7

  • Permainan perlumbaan serba baharu ini adalah salah satu tajuk permainan yang mengesahkan kedatangannya ke PS5. Ia merupakan siri yang diperkenalkan selepas Gran Turismo Sport, yang dilancarkan pada tahun 2017 untuk PS4.
  • Tiada kenyataan tentang bila permainan ini akan dilancarkan. Di dalam previu yang dikongsi, ia menunjukkan peta di dalam mod kempen serta gambaran mendalam di dalam tempat duduk di dalam kereta lumba tersebut.

3. Spider-Man: Miles Morales

  • Permainan ini adalah kesinambungan dari Spider Man 2018, yang dikeluarkan eksklusif untuk PS4 sahaja. Miles Morales pula adalah watak utama di dalam filem Spider-Man: Into the Spider-Verse. Dalam video yang dikongsi, beliau memiliki beberapa kuasa baru yang tiada pada Spider-Man sebelumnya seperti tembakan elektrik dan kuasa halimunan.
BACA  DualSense PS5 lepasi pensijilan SIRIM

4. Resident Evil Village

  • Siri terbaru permainan seram yang popular ini mengesahkan tempatnya ke dalam PS5. Resident Evil Village menampilkan permainan dari perspektif diri pertama (first person) seperti Resident Evil 7. Visualnya menunjukkan tahap seram yang biasa untuk peminat Resident Evil. Adakah ia masih mengejutkan anda?

5. Horizon Forbidden West

  • Peminat permainan Horizon Zero Dawn boleh bergembira dengan sambungan yang akan datang ke PS5 ini, bertajuk Horizon Forbidden West. Previu yang diperlihatkan menunjukkan lanskap persekitaran yang sangat menakjubkan, di samping rupa watak yang sangat hidup.

6. Hitman III

  • Ia merupakan salah satu tajuk yang dihasilkan semula oleh IO Interactive, untuk PS5 serta PS4. Ia menyatakan akan dilancarkan pada Januari 2021 dan menunjukkan sedikit demo misi sewaktu di Dubai. Tidak nampak perbezaan dari Hitman yang lain, kerana ia adalah Hitman.

7. NBA 2K21

  • Permainan bola keranjang baru ini akan turut tiba di PS5. Dalam video previu ia menunjukkan bagaimana rupa yang sangat hidup seseorang bermain bola keranjang, seperti pergerakan yang lincah, titikan peluh, kedutan baju dan banyak lagi. Pasti menarik minat pemain sukan digital.

8. Ratchet & Clank: Rift Apart

  • Menampilkan dunia pelbagai dimensi dengan watak aneh ditemani robot. Pembangunnya menyatakan, teknologi canggih di PS5 boleh membuatkan perpindahan dimensi tanpa keluar skrin loading.

9. Project Athia

  • Tajuk ini dibangunkan oleh Square Enix, eksklusif untuk PS5. Ia adalah permainan aksi dengan elemen mistik.

10. Returnal

  • Watak utama di dalam permainan ini sering mengalami trauma berulang-ulang. Mati dan hidup semula untuk meneruskan tahap seterusnya.

11. SackBoy: A Big Adventure

  • Sebuah permainan pengembaraan melompat yang sangat comel
BACA  OnePlus Nord jelmaan OnePlus 8 pada harga jauh lebih murah

12. Destruction Allstars

  • Permainan yang menggabungkan memandu, memusnah dan letupan.

13. Stray

  • Hidup sebagai seekor kucing. Pasti sangat menarik.

14. Kena: Bridge of Spirits

  • Dihasilkan eksklusif untuk PS5, watak utamanya Kena berhubung dengan dunia mistik dan menggunakan kuasanya dalam pengembaraan.

15. Oddworld Soulstorm

  • Watak dan karakter yang agak pelik di dalam dunia yang aneh.

16. Ghostwire: Tokyo

  • Tokyo diserang hantu dan pemain perlu mengembalikan dunia kepada asal menggunakan kuasa magik.

17. Godfall

  • Pemain diberikan pelbagai senjata dan perisai untuk mengembara menghapuskan musuh dan raksasa.

18. Solar Ash

  • Dibangunkan oleh pencipta permainan Hyper Light Drifter, dengan penampilan watak hampir serupa.

19. Astro’s Playroom

  • Sony membangungkan permainan ini untuk PS5. Pemain membawakan watak sebuah robot mengembara di dunia robot.

20. Little Devil Inside

  • Watak yang ditampilkan kelihatan comel, tetapi jalan permainannya agak ganas.

21. Bugsnax

  • Permainan ini mengisahkan tentang haiwan, atau tumbuhan, atau kedua-duanya. Ia memiliki watak yang sangat comel, sesuai untuk kanak-kanak.

22. Demon’s Souls

  • Tajuk ini telah dihasilkan semula dari siri pertama Demon’s Souls, khas untuk PS5. Previunya tidak menunjukkan cara bermain tetapi lebih kepada raksasa yang terdapat di dalamnya.

23. Deathloop

  • Ini adalah permainan yang sangat ganas dengan perspektif diri pertama. Selain menggunakan senjata api, ia turut memiliki elemen pertarungan jarak dekat seperti Hitman.

Sumber: The Verge