• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

4 fungsi baharu bakal hadir di Whatsapp, boleh bantu anda cari mesej lama orang berhutang

  • OLEH Ghazali Alias
  • 6:20 pm
  • 12/06/2020
  • Komen
SKMM tidak mengintip dan memantau perbualan WhatsApp individu tertentu
Share on FacebookShare on Twitter

Whatsapp dikhabarkan sedang menguji beberapa ciri baharu, yang bakal dimuatkan dalam kemaskini aplikasi pada masa akan datang. Kali ini, pembangun aplikasi permesejan itu difahamkan sedang membangunkan 4 ciri baharu.

Perkara itu didedahkan menerusi laman web WABetaInfo. Empat ciri baharu tersebut adalah pengunaan kotak chat separa lutsinar untuk Dark Mode, carian menggunakan tarikh , carian imej di web serta kawal selia penggunaan storan yang lebih baik



Kotak chat separa lutsinar Dark Mode

Dark Mode Whatsapp bakal mempunyai imej baharu dengan penggunaan kotak chat separa lutsinar. Setakat ini, Whatsapp sedang mencubanya pada kotak chat warna hijau di platform iOS. Kebiasaannya ciri baharu Whatsapp turut sama disediakan untuk Android.

Belum ada kepastian sama ada semua kotak chat atau Dark Mode akan tampil dengan imej ini. Kemungkinan juga kotak chat hanya menjadi lutsinar sekiranya pengguna iPhone merubah tetapan kontras di Accessibility Settings.



Carian tarikh

Ciri ini bakal memberi kemudahan kepada pengguna Whatsapp. Masih dalam fasa ujian, ia membolehkan pengguna untuk membuat carian mesej lama berdasarkan tarikh.

Berdasarkan ujian diperingkat alpha, carian boleh dilakukan menerusi ikon kalendar yang akan diletakkan di atas bahagian papan kekunci, dalam ruangan chat. Pengguna boleh memilih tarikh berdasarkan hari, bulan juga tahun.

Carian imej di web

Difahamkan ciri ini dibangunkan untuk platform iOS. Menerusi ciri ini, Whatsapp akan menggantikan pilihan forward mesej imej kepada search on web. Ia akan dicetuskan bila Whatsapp mengesan imej yang ingin di-forward-kan itu telahpun dipanjangkan sebanyak 4 kali sebelum ini. Ciri Search on web akan menyambungkan carian ke laman web Google.

Whatsapp sudahpun memasukkan ciri ini untuk versi iOS-nya iaitu dalam versi beta 2.20.40.26. Walau bagaimanapun, ciri ini masih dalam fasa pembangunan untuk platorm Android.

Kawal selia storan yang lebih baik

Menerusi ciri ini, storan mesej ditambah baik dengan pengasingan fail mengikut jenis media. Berdasarkan ujian yang dijalankan, fail besar diasingkan daripada fail forwarded. Dengan ciri ini, pengguna lebih mudah untuk mengesan kedudukan fail ketika mahu mencarinya di menu dalam chat. Berbanding sekarang, semua fail terdapat dipilihan menu media, links and docs.

Kawal selia storan turut ditambah ciri susunan fail (sort). Ciri ini membolehkan pengguna menyusun simpanan fail mengikut usia atau saiz.

Ciri ini difahamkan diuji untuk platform iOS. Ia kemungkinan akan dibangunkan juga untuk Android.

Whatsapp merupakan aplikasi yang kerap membangunkan ciri baharu. Ia juga membangunkan pelbagai fungsi untuk lebih memudahkan pengguna. Adakah semua ciri yang dinyatakan akan dimautkan dalam versi baharu Whatsapp? Kita nantikan sahaja pengumuman terkini nanti.

Sumber: WABetaInfo, 2, 3, 4

Tags: whatsapp
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

SKMM tidak mengintip dan memantau perbualan WhatsApp individu tertentu

4 fungsi baharu bakal hadir di Whatsapp, boleh bantu anda cari mesej lama orang berhutang

12 June 2020
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

16 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER