Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Les’ Copaque saluran Youtube Malaysia pertama cecah 10 juta pengikut

Syarikat Penerbitan dan studio animasi komputer, Les’ Copaque, merupakan pemilik saluran Youtube pertama (Youtuber) dari Malaysia yang mempunyai jumlah pengikut seramai 10 juta.

Dikenali menerusi penerbitan animasi siri kanak-kanak popular, Upin & Ipin, syarikat itu juga mendapat pengiktirafan Diamond Creator Award dari Youtube. Google Malaysia dalam satu status di Twitter turut menzahirkan ucapan tahniah kepada syarikat berkenaan atas pencapaian tersebut.

Berdasarkan laman web Social Blade, Les’ Copaque menduduki tangga pertama dalam senarai jumlah pengikut Youtube paling ramai di Malaysia. Syarikat itu mempunyai jumlah tontonan lebih 4 bilion secara keseluruhan dan 1,185 kandungan Youtube.

Dalam tempoh 30 hari yang lalu, syarikat ini telah berjaya mendapat kira-kira 880,000 pengikut baharu dengan lebih 262 juta tontonan. Anggaran pendapatannya di Youtube juga, dianggarkan mencecah antara USD 778,000 hingga USD 12 juta setahun.

Dengan 10 juta pengikut, Youtube Les’ Copaque memuatkan kandungan animasi Upin & Ipin. Tidak menghairankan kerana siri itu merupakan produknya yang paling berjaya di pasaran hiburan tempatan dan sekitar rantau Nusantara.

Sedikit sebanyak tentang Les’ Copaque, syarikat itu ditubuhkan pada Disember 2005. Nama Les’ Copaque merupakan inspirasi daripada perkataan Last Kopek. Ia pada awalnya dibangunkan oleh lima tenaga kerja termasuk dua pemiliknya, Burhanuddin Md Radzi dan Ainon Ariff.

Syarikat itu mula menempa nama di Malaysia selepas kejayaan siri animasi Upin & Ipin. Siri itu juga berjaya menambat hati penonton di Singapura, Brunei dan Indonesia.

BACA  Gangguan bekalan air di Lembah Klang pada 14-17 Julai, semak jika kawasan anda terjejas

Sumber: Social Blade, Google Malaysia, Les’ Copaque