Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Samsung mahu perkenal semula telefon pintar dengan bateri boleh dicabut

Samsung dikatakan bakal membawa kembali telefon dengan bateri yang boleh dibuka, sebagai varian baharu untuk telefon bajetnya. Ia berikutan tersebarnya gambar sebuah bateri keluaran Samsung, yang dihasilkan pada 6 Jun 2020.

Dari gambar tersebut, ia jelas menunjukkan ia adalah bateri yang boleh dicabut pasang. Kapasitinya sebesar 3,000mAh dengan nombor model EB-BA013ABY, untuk sebuah telefon pintar yang menggunakan nombor model SM-A013F.

Terdapat maklumat baharu yang diperoleh daripada laman penanda aras Geekbench, tentang spesifikasi sebuah telefon Samsung dengan nombor model SM-A013F. Berdasarkan data tersebut, peranti ini dikuasakan oleh cipset MediaTek MT6739 yang telah berusian 3 tahun. Ia dipasang bersama RAM sekadar 1GB sahaja.

Penggunaan pemproses MT6739 dikatakan lebih jimat kos untuk telefon super bajet. Ia dibangunkan dengan empat teras CPU daripada jenis Cortex-A53 dan mempunyai clockspeed sehingga 1.5Ghz, serta cip grafik IMG GE8100.

Sementara itu, ada juga yang menyatakan bahawa SM-A013F adalah nombor model untuk Galaxy A01e. Kebiasaannya, Samsung meletakkan huruf ‘e’ di belakang untuk memberitahu ia ada spesifikasi yang lebih rendah model biasa. Di Malaysia, Galaxy A01 (SM-A015) dijual pada harga RM449, dikuasakan pemproses Snapdragon 439, RAM 2GB dan storan 16GB.

Walau bagaimanapun, masih terlalu awal untuk menentukan sama ada telefon ini berada dalam keluarga yang mana. Tetapi adakah anda berminat dengan telefon yang memiliki bateri boleh dicabut? Adakah ia akan menjadi trend selepas ini?

Sumber: Sammobile

BACA  OnePlus Nord jelmaan OnePlus 8 pada harga jauh lebih murah