Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Ini cara La Liga minimumkan risiko Covid-19 di setiap perlawanan

Pada 11 Jun 2020 yang lalu, telah berlaku satu perlawanan bola speak antara Seville dan Real Betis di Sepanyol. Ia adalah perlawanan pertama La Liga selepas pemberhentian sementara La Liga akibat bencana COVID-19.

Sevilla menang keatas Real Betis dengan 2 – 0 tapi keputusan perlawanan bukanlah sesuaut yang unik sebaliknya bagaimana perlawanan itu berlangsung.

Bagi meminimumkan kontak rapat dan mengekalkan penjarakan sosial, perlawanan tersebut diadakan dalam stadium kosong dan hanya dihadiri individu-individu penting saja. Walau bagaimanapun, penonton di rumah masih mampu rasakan dan lihat kebingitan stadium hasil penggunaan CGI dan helah audio kerjasama antara La Liga dan EA Sports.

Daripada sudut visual, penonton di rumah boleh perasan yang adanya “penonton maya” yang ditampal untuk menyembunyikan kerusi kosong apabila kamera utama digunakan. Helah itu sukar untuk dikekalkan apabila kamera jarak dekat digunakan mungkin atas faktor perspektif dan sebagainya.

Ini bukan glitch, sebaliknya operator lupa padamkan overlay penonton
Kelihatan stadium yang kosong

Audio sorakan penonton juga dilapisi bersama untuk berikan tahap realistik yang lebih tinggi.

Selain La Liga, Liga Perdana Inggeris dan Bundeliga juga dikatakan bakal ambil pendekatan yang serupa apabila menyambung semula perlawanan bola speak yang tertanguh sejak sekian lama.

BACA  Media China diserang warganet akibat mengatakan Batik berasal dari China