• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Obses sanitasi kuman, mesin ATM jadi mangsa sehingga rosak

  • OLEH Ghazali Alias
  • 9:35 am
  • 15/06/2020
  • Komen
Obses sanitasi kuman, mesin ATM jadi mangsa sehingga rosak
Share on FacebookShare on Twitter

Kebimbangan orang ramai terhadap jangkitan COVID-19 membawa kepada beberapa tabiat di luar jangka. Meskipun kita disaran supaya mengamalkan langkah pencegahan, tidak semestinya ia perlu disapu atau disembur pada mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Tular di media sosial Twitter, perkongsian status @KLCCElevators tentang sebuah mesin ATM yang disembur dengan pensanitasi tangan jenis cecair. Tindakan itu menyebabkan ia tidak dapat berfungsi dengan baik.



Ada orang dah pi spray alcohol + water solution kat ATM machine.

Tak pasal pasal boleh short circuit.

Kalau takut covid, spray kat tangan selepas guna atm. Bukan spray kat screen dan keyboard. pic.twitter.com/axhozWrK9T

— Citizen Lanyard Kayangan KLCC (@KLCCElevators) June 9, 2020

Status berkenaan menyatakan bahawa ada pengguna ATM sebelumnya, telah menyembur cecair campuran air dan alkohol di mesin ATM. Perkara itu disuarakan kerana ditakuti boleh mengundang musibah kepada orang lain seperti renjatan elektrik.

Status berkenaan mendapat lebih 1,000 retweet dan kebanyakan mereka terkejut bahawa belum ada orang berdepan insiden membahayakan semasa menggunakannya.



Terdapat warganet yang mencadangkan supaya satu panduan perlu diterapkan kepada orang ramai, supaya menggunakan pensanitasi tangan dengan betul dan tidak menyebabkan kerosakan pada harta benda awam.

Berdasarkan laporan di Malay Mail, pemilik akaun berkenaan memaklumkan bahawa kejadian itu berlaku di mesin ATM di dalam Pusat Beli Belah Avenue K.

Tetapi wakil dari Avenue K menjelaskan bahawa, terdapat pengguna yang tersalah tafsir mesej di skrin ATM tentang saranan menggunakan pensanitasi tangan, lantas menggunakannya pada skrin dan butang mesin tersebut.

Bagi mengelakkan kejadian sama berulang, pihak Avenue K akan menampal notis di mesin ATM, supaya orang ramai tidak menyembur atau menyapu pensanitasi tangan pada mesin.

Jika mahu elakkan diri dari terkena COVID-19 tidak semestinya perlu sanitasi semua benda yang ada di sekeliling. Cukup sanitasi tangan sebelum dan selepas menggunakan ATM atau memegang apa-apa permukaan terdedah.

Sumber: Malay Mail

Tags: ATMCOVID-19Twitter
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022
Obses sanitasi kuman, mesin ATM jadi mangsa sehingga rosak

Obses sanitasi kuman, mesin ATM jadi mangsa sehingga rosak

15 Jun 2020
Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

23 Jun 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Siri Hyundai Ioniq 5: Alternatif lebih baik kepada Tesla Model 3?

Pengecualian cukai jualan kenderaan dilanjutkan hanya untuk pendaftaran, sehingga 31 Mac 2023

20 Jun 2022
Poco F4 dan Poco X4 GT akan dilancar minggu hadapan, spesifikasi penuh terdedah

Poco F4 dan Poco X4 GT akan dilancar minggu hadapan, spesifikasi penuh terdedah

17 Jun 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER