Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Kenapa pelajar UMS ini perlu panjat pokok hanya untuk jawab peperiksaan online?

Kalau kita yang berada di Lembah Klang ini merungut capaian Internet tak cukup pantas untuk anda bermain game, ketahuilah yang ada kawan kita yang perlu panjat pokok, semata-mata untuk beroleh isyarat telco. Itulah yang berlaku kepada salah seorang pelajar University Malaysia Sabah di Kota Merudu.

Kota Merudu letaknya lebih kurang 124km daripada Kota Kinabalu

Veveonah Mosibin perlu memanjat pokok di hutan untuk dapatkan isyarat telco yang cukup kuat, untuk menjawab dua peperiksaan secara dalam talian dan dia berjaya menyudahkannya. Menurut video ala vlog yang dirakamnya, dia menggunakan telco TuneTalk, satu servis MVNO yang bertulangbelakangkan Celcom.

Paparan telefonnya menunjukkan capaian 3G menggunakan TuneTalk

Uniknya, kandungan video yang dimuat naik olehnya langsung tidak berbaur mengeluh dengan kekurangannya. Malah, dia mempamerkan kepada penonton bagaimanakah dia beradaptasi dengan cabaran tersebut. Contohnya, selain perlu memanjant pokok, dia turut membawa kelengkapan seperti kelambu, bekalan makanan, dan pek tenaga untuk telefon-telefonnya.

Benar, dia menjawab peperiksaan dalam talian di telefon, bukannya laptop.

Nampaknya, Veveonah bakal jadi Sugu Pavithra yang seterusnya. Di laman Social Blade, bilangan subscriber-nya bertambah hampir 10 ribu dalam masa sehari sahaja. Setakat artikel ini ditulis, subscriber saluran Veveonah M. sudahpun mencapai  13.2K.

Tak malukah telco penyedia telco sibuk mencanang 5G sedangkan ada yang masih terkapai-kapai seperti Veveonah, hanya untuk dapatkan isyarat telco cukup kuat untuk dia belajar dan bukannya ber-Tik Tok?

BACA  PROMO: Banyak telefon turun harga bawah RM1,000 di Shopee pada 23 Julai