Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Malaysia boleh menempah edisi khas Samsung Galaxy S20+ BTS dan Galaxy Buds+ BTS

Samsung dengan kerjasama artis super popular dari Korea Selatan, BTS hari ini memperkenalkan dua peranti edisi khas, iaitu telefon pintar Galaxy S20+ dan fon kepala Galaxy Buds+. Ini memberi peluang kepada peminat BTS untuk memiliki produk eksklusif artis kegemaran mereka.

Samsung mengenakan warna ungu untuk peranti edisi khas BTS ini. Bagi telefon Galaxy S20+, ia menampulkan kaca belakang dan bingkai besi berwarna ungu. Untuk fon kepala Galaxy Buds+ pula, logo BTS dicacah pada fon kepala serta bekas pengecasnya juga dengan warna tema ungu, menjadikannya produk yang lebih eksklusif untuk koleksi peminat.

Peminat BTS di Malaysia terutama sekali ARMY, turut berpeluang memiliki peranti Samsng edisi khas BTS. Samsung Malaysia akan membuka tempahan awal dari 19 Jun hingga 5 Julai 2020 dan pembeli terawal layak menerima tawaran eksklusif.

Samsung Galaxy S20+ BTS Edition akan dijual pada harga RM4,399 (edisi biasa berharga RM3,599). Manakala fon kepala Samsung Galaxy Buds+ BTS Edition pula berharga RM899 (edisi biasa berharga RM599). Tawaran eksklusif untuk tempahan awal pula berupa:

  • Galaxy S20+ BTS Edition – Boleh membeli Galaxy Buds+ BTS Edition dengan diskaun 50% pada harga RM449.50 sahaja
  • Galaxy Buds+ BTS Edition – Percuma pad pengecas wayarles BTS Edition bernilai RM199

Kepada yang berminat untuk membuat tempahan awal, ia boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman web https://galaxy-bts.mysamsungcampaign.com/. Tempahan awal akan dibuka bermula hari Jumaat ini, 19 Jun 2020.

Samsung Galaxy S20+

Dari segi spesifikasi, tiada apa yang berbeza di BTS Edition berbanding dengan versi biasa. Galaxy S20+ ini tiada 5G, dikuasakan cip Exynos 980 bersama RAM 8GB dan storan dalaman 128GB. Skrinnya dari jenis Dynamic AMOLED berukuran 6.7-inci, dengan resolusi QuadHD dan refresh rate 120Hz.

BACA  Samsung Galaxy Buds+ kini ada warna merah

Terdapat 4 kamera di belakangnya iaitu kamera utama 12MP F1.8, kamera ultra lebar 12MP F2.2, kamera telefoto 64MP F2.0 dan kamera pengesan kedalaman. Kamera hadapan pula 10MP F2.2 yang terletak di dalam lubang di atas skrin.

Bateri di dalamnya sebesar 4,500mAh dan ia menyokong pengecasan pantas USB-C 25W. Ia juga mennyokong pengecasan wayarles serta kalis air dan debu IP68. Telefon ini memiliki dua speaker untuk menghasilkan bunyi stereo.

Samsung Galaxy Buds+

Fon kepala Galaxy Buds+ adalah naiktaraf dari Galaxy Buds, kini mempunyai ketahanan bateri sehingga 11 jam secara sendirian, atau 22 jam bersama bekas pengecas. Ia juga menyokong pengecasan wayarles dan boleh mengecas secara berwayar dengan lebih pantas.

Kini dengan 3 mikrofon di setiap sisi, ia boleh menapis bunyi hingar sekeliling dengan lebih baik. Aplikasi Galaxy Wearable di Android dan Galaxy Buds+ di iOS memberi lebih kawalan bunyi untuk pengguna, selain memaparkan tahap bateri untuk fon kepala dan bekas pengecas.

Lebih banyak kawalan turut disediakan secara terus di fon kepala dengan sentuhan mudah. Arahan kawalan boleh ditetapkan untuk satu, dua, tiga atau menekan lama pada titik sentuhan kawalan di fon kepala.