Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Xiaomi ada powerbank baru yang besar tapi tak boleh bawa naik pesawat

Xiaomi baru-baru ini telah memperkenalkan powerbank yang sangat besar, dengan kapasiti 30,000mAh. Ia juga lengkap dengan pelbagai sambungan dan mampu mengecas 3 peranti serentak.

Walaubagaimanapun, powerbank sebesar ini biasanya dilarang dibawa naik ke pesawat, kerana kebanyakan penerbangan hanya membenarkan membawa powerbank sehingga 20,000mAh sahaja.

Diberi nama Mi Powerbank 3 30,000mAh, ia sebenarnya adalah naik taraf dari model yang serupa dengan kapasiti 20,000mAh. Powerbank ini menyokong pengecasan pantas 18W keluar dan masuk, dengan 4 sambungan terdapat padanya. Dua sambungan USB-A, satu sambungan USB-C dan satu sambungan mikro-USB. Sambungan mikro-USB hanya membenarkan pengecasan masuk manakala USB-C boleh digunakan mengecas keluar dan masuk.

Menurut Xiaomi, powerbank 30,000mAh ini boleh mengecas telefon pintar Mi 10 dan Redmi K30 Pro sebanyak 4.5 kali, serta iPhone SE 2020 sebanyak 10.5 kali. Dengan kabel USB-C ke Lightning, ia boleh digunakan untuk mengecas pantas iPhone model baharu. iPhone 11 yang menyokong pengecas 18W, boleh dicas penuh dalam masa 1 jam 45 minit.

Mi Powerbank 3 30,000mAh ini dijual di China pada harga RMB199 (~RM120). Walaupun belum dijual secara rasmi di Malaysia, pasti ramai penjual dalam talian yang membawa masuk ke Malaysia tidak lama lagi.

Adakah anda masih mengusung powerbank ke sana ke sini?

Sumber: GSMarena

BACA  Mi Smart Band 5 mula dijual di Malaysia pada harga lebih tinggi