Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Aplikasi Hand Wash dari Samsung bantu latih amalan cuci tangan menjadi kebiasaan

Mencuci tangan dengan kerap merupakan antara langkah pencegahan COVID-19. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengalakkan orang ramai supaya kerap membersihkan tangan mereka dengan sabun atau pensanitasi tangan.

Atas saranan itu, Samsung pada April 2020 telah melancarkan aplikasi Hand Wash . Ia merupakan aplikasi peringatan yang membantu pengguna jam tangan pintar Samsung untuk kerap membasuh tangan dan melakukannya dengan betul.

Menerusi aplikasi ini, pengguna boleh menetapkan peringatan dan kekerapan untuk membasuh tangan secara harian. Ia turut memberi panduan tentang berapa kerap pengguna perlu membasuh tangan mereka.

Apabila peringatan sudah ditetapkan, aplikasi ini akan menggerakkan penggera sebagai tanda tiba waktunya untuk membasuh tangan. Semasa membasuh tangan, aplikasi ini akan menetapkan masa selama 25 saat tempoh mencuci. Ia selaras dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sekiranya pengguna terlepas waktu membasuh tangan, aplikasi ini akan meninggalkan notifikasi sebagai peringatan. Ia juga merekod tempoh masa dari kali terakhir pengguna membasuh tangan. Rekod ini dinyatakan pada paparan papan pemuka selain, target membasuh tangan dan pengiraan harian.

Turut tersedia dalam aplikasi ini adalah rekod graf. Ia menunjukkan perkembangan kekerapan basuh tangan oleh pengguna sepanjang minggu. Aplikasi ini turut dibangunkan dengan pelbagai pilihan bahasa utama di dunia.

Pengguna boleh memuat turun aplikasi ini di Samsung Galaxy Store dan ia boleh digunakan oleh pengguna jam tangan pintar berikut:

  1. Gear S3
  2. Gear Sports
  3. Galaxy Watch
  4. Galaxy Watch Active
  5. Galaxy Watch Active21

Dengan bantuan Hand Wash, ia secara tidak langsung membantu orang ramai, terutama pengguna jam tangan pintar Samsung untuk menjadikan basuh tangan sebagai kebiasaan. Selain menetapkan penggera, kaedah mencuci tangan juga perlu mengikut cara yang betul.

BACA  Galaxy M01 Core, telefon Android Go pada harga sekitar RM300

Sumber: Samsung