Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Masih ada harapan untuk PS5 yang murah, Amazon laporkannya lebih murah daripada harga pelancaran PS4

Sejurus diumumkan, ramai yang gusar tentang tanda harga yang bakal ditampal pada konsol PlayStation 5 (PS5). Mana taknya, Sony mengumumkan akan ada dua versi PS5 serentak di hari pelancarannya kelak dan ia menandakan akan ada dua paras harga.

Untuk rujukan, sewaktu PS4 dilancarkan dalam tahun 2013, harga untuk pasaran Eropahnya adalah EUR399 manakala di Malaysia ialah RM1,799.

Kalau anda takut PS5 mahal, laman Amazon ada berkongsikan harga PS5, sama ada sengaja mahupun tidak. Menurut pengguna yang sempat membuat tangkapan layar sebelum diturunkan Amazon, harga PS5 adalah seperti berikut:

  • PS5 Digital Edition – EUR399
  • PS5- EUR499

Jika benarlah harga itu yang bakal dikenakan Sony kepada PS5 mereka, ia adalah harga yang sama dengan PS4 sewaktu dilancarkan. Bezanya adalah anda beroleh konsol yang tiada pemacu cakera padat.

Saya rasakan ia masih berbaloi kerana jika EUR399 disuaikan dengan kadar inflasi sekarang, ia sudahpun berharga EUR429.

Sumber: Tom’s Guide

BACA  Sony beli sebahagian Epic Games, nilai studio melonjak kepada RM76.27b