Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Maklumat ASUS ROG Phone 3 berkuasa Snapdragon 865+ mula kelihatan

ASUS ROG Phone 2 merupakan telefon pintar gaming terbaik boleh didapati tahun lepas. Ia jauh meninggalkan pesaing lain dengan menerapkan semua ciri-ciri yang diperlukan gamer di telefon pintar.

Kini penggantinya telah mula kedengaran. ASUS ROG Phone 3 dilaporkan akan dilancarkan sekitar bulan Julai. Malah, gambarnya telah dimuat naik di TENAA, sebuah badan pengesahan China.

Gambar penuh ROG Phone 3 boleh dilihat di TENAA, tetapi dengan resolusi rendah. Seimbas pandang, rupanya sangat serupa dengan ROG Phone 2. Di hadapan skrinnya tiada takuk, menggunakan bingkai yang tebal di atas dan bawah, dijangka memuatkan kamera dan speaker stereo.

Di belakang pula, ia kini menggunakan tiga kamera yang digandingkan bersama tiga LED Flash. Jika ia ditambah kamera telefoto, pasti ia melengkapi keperluan kamera di telefon ini.

Bahagian sisi telefon ini juga dilihat masih sama. Di kiri, terdapat butang kuasa dan butang kawalan bunyi. Manakala di sebelah kanan, terdapat port USB-C kedua yang boleh digunakan untuk mengecas, selain menyambung pelbagai aksesori untuk meningkatkan pengalaman bermain game.

Dari penyenaraian di TENAA, ia menyatakan ROG Phone 3 dilengkapi 5G SA & NSA. Skrinnya dari jenis AMOLED, berukuran 6.59-inci dengan resolusi HD Penuh (2340×1080). Bateri di dalamnya sebesar 5,800mAh.

Qualcomm telah awal menyatakan bahawa ROG Phone 3 merupakan salah satu telefon pintar yang dikuasakan cip Snapdragon 865, yang memiliki kelajuan tertinggi 2.8GHz. Tetapi di TENAA, kelajuan CPU untuk telefon ini ialah 3.091Ghz. Dipercayai ia adalah cip Snapdragon 865+ yang lebih pantas, sama seperti di ROG Phone 2 tahun lepas.

Kapasiti RAM untuk ROG Phone 3 ialah 8GB, 12GB dan paling besar 16GB. Storannya pula dari 128GB, 256GB dan 512GB. Kamera utamanya pula disenaraikan dengan 64MP, dengan kamera kedua 13MP.

BACA  Ini gambar ROG phone 3 yang lebih jelas

Banyak maklumat yang telah diperoleh dari laman TENAA. Jika ROG Phone 3 memiliki saiz yang hampir sama dengan ROG Phone 2, mungkin ia masih boleh menggunakan aksesori yang sama. Satu naik taraf yang berbaloi untuk pemilik ROG Phone 2.

Adakah ASUS boleh mengekalkan ROG Phone sebagai telefon gaming terbaik? BlackShark 3 Pro kali ini nampak boleh memberi saingan yang sengit.

Sumber: XDA, TENAA