• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Robot “anjing” Boston Dynamics ini sedia dibeli pada harga menghampiri RM320 ribu

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:41 pm
  • 18/06/2020
  • Komen
Robot “anjing” Boston Dynamics ini sedia dibeli pada harga menghampiri RM320 ribu
Share on FacebookShare on Twitter

Robot hasil pembangunan selama 28 tahun Boston Dynamics boleh anda dapatkan pada harga USD74,500 (~RM320,000). Robot yang diberi nama Spot ini adalah daripada jenis berkaki empat dan telah pun melepasi beberapa kali iterasi sebelum pembangunnya berkeputusan yang ia cukup baik untuk dipasarkan.

Robot ini disasarkan untuk kegunaan industri contohnya seperti lapangan minyak dan gas, utiliti, pelombongan, dan penyelidikan.



Spot yang asal miliki enjin dua lejang untuk menjana tenaga yang diperlukan bagi menggerakkan sistem hidraulik badannya dan seberat 150kg.

Spot yang gunakan enjin dua lejang

Kemudian dalam tahun 2015 enjin telah digantikan dengan enjin elektrik dan beratnya dikurangkan kepada 72kg saja. Tahun seterusnya, sistem hidraulik digantikan dengan sistem motor untuk menggerakkan anggota badannya dan mereka berjaya turunkan beratnya kepada 24kg.



Spot yang tak lagi gunakan mekanisme hidraulik

Tapi, Spot yang boleh anda beli ini miliki berat 32kg dan mendukung pek kuasa 605Wh yang berikan waktu operasi sehingga 90 minit. Badannya kalis debu dan air pada tahap IP54 kalau-kalau anda perlukannya bekerja dalam keadaan lasak.

Spot boleh mengangkut bebanan sehingga 14kg menerusi aksesori khas yang boleh disambung menerusi dua port khas.

Selain aksesori mengangkut, ada juga aksesori lain seperti kamera Spot Cam dan Spot Cam+, aksesori LIDAR Spot EAP. Ada juga aksesori tangan yang boleh mengangkat beban 4kg.

Aksesori LIDAR untuk tujuan pemetaan

Bahagian komputer juga boleh ditukar kepada yang lebih berkuasa. Pek yang palingberkuasa diperkasa Intel Xeon, RAM32 GB, SSD 480GB dan kad GPU Nvidia Quatro P5000.

Untuk berkomunikasi dengan operator, ia ada sambungan Wi-Fi 2.4Ghz serta satu port Ethernet. Di sekeliling badan spot ada kamera monokrom untuk tujuan navigasi. Ia boleh melihat dalam radius 4 meter.

Contoh kamera navigasi pada Spot

Sungguhpun boleh bergerak sendiri, anda boleh juga kawalnya. Boston Dynamics bekalkan anda dengan sebuah tablet Android yang ada pad pengawal di kedua-dua sisinya. Ia nampak seperti tablet gaming JXD S192K.

Boston Dynamics mengatakan yang ini bukanlah alat permainan dan setiap pembeli perlu mematuhi terma dan syarat yang mereka gariskan sekiranya untuk milikinya.

Layari laman rasmi pengeluar untuk maklumat lanjut.

Sumber: ArsTechnica

Tags: boston dynamicsrobotspot
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

1 Disember 2022
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
Robot “anjing” Boston Dynamics ini sedia dibeli pada harga menghampiri RM320 ribu

Robot “anjing” Boston Dynamics ini sedia dibeli pada harga menghampiri RM320 ribu

18 Jun 2020
5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

22 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER