Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Galaxy Watch 3 lepasi pensijilan pihak berkuasa Korea Selatan

Penawaran jam tangan pintar Samsung agak bersepah-sepah. Bermula dengan Galaxy Watch pada tahun 2018, dalam tahun 2019 mereka ada beberapa iterasi Galaxy Watch Active, tanpa sekuel kepada Galaxy Watch yang asal.

Galaxy Watch yang akan datang ini pula dilapor melangkau angka dua dan terus berada di Galaxy Watch 3.

Itulah yang dicatatkan dalam pengkalan data pensijilan barangan elektornik Kora Selatan, NRRA. Antara maklumat yang berjaya diperoleh daripada portal tersebut ialah rupa paras Galaxy Watch 3 ini. Ia mengekalkan bingai boleh putar seperti yang asal.

Untuk 2019, kita ada Watch Active tanpa bezel boleh putar fizikal

Ada dua model didaftarkan dalam pengkalan data tersebut, satu yang mendukung nombor kod SM-R850 dan satu lagi SM-R840. Beza mereka ialah daripada segi rekaan bingkai. Kedua-duanya seakan ada dua butang di bahagian sisi kanan jam.

Galaxy Watch pertama diumumkan dalam tahun 2018

Tiada maklumat rasmi tentang spesifikasi produk ini. Tapi ia sepatutnya lebih berkuasa berbanding Galaxy Watch Active yang ada sekarang. Jadi anda boleh jangkakan seperti RAM 8GB, bateri sekitar 340mAh, kekalisan air/debu IP68 ataupun piawaian ketenteraan untuk tahap kelasakkan.

Sumber: Gizmodo

BACA  Samsung Galaxy Note 20 Ultra & Note 20: Semua yang anda perlu tahu