Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Pelajar B40 UKM boleh pinjam laptop Honor MagicBook untuk jalani pengajian dalam talian

Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kini berpeluang untuk memohon pinjaman laptop menerusi Skim Pinjaman Komputer Riba yang ditaja oleh Honor Malaysia.

Ia merupakan inisiatif syarikat itu untuk membantu melengkapkan infrastruktur pendidikan buat pelajar kurang berkemampuan, dalam tempoh menjalankan pengajian secara dalam talian.

Laptop Honor MagicBook boleh dipinjam oleh pelajar UKM yang melepasi syarat kelayakan. Komputer riba tersebut boleh digunakan secara percuma selama satu semester. Pinjaman ini boleh disambung sepanjang tempoh pengajian dijalankan secara dalam talian. Permohonan boleh dilakukan menerusi Kesatuan Mahasiswa UKM 2019/20. (KMUKM)

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah berstatus pelajar ijazah sarjana muda di UKM
  2. Pemohon merupakan golongan B40
  3. Lulus temuduga
  4. Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh pihak Honor Malaysia yang akan diberitahu sekiranya pemohon layak menjadi penerima skim ini.

Bagi pelajar UKM yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh berhubung dengan Timbalan Presiden KMUKM, Tan Ray Ming menerusi WhatsApp di 012-268 8303.

Sedikit tentang laptop Honor MagicBook, ia merupakan komputer riba pertama Honor yang dijual di Malaysia. Dilancarkan pada April 2020, ia dikuasakan oleh cip AMD Ryzen 5 3500U serta grafik dari cip AMD Radeon Vega 8. Ia dipadankan dengan RAM 8GB dan storan SSD seluas 512GB.

Selain itu, ia mempunyai skrin 14-inci, di dalam badan 13-inci, dengan nisbah 16:9 dan resolusi HD Penuh. Diperkasa sistem bunyi Teknologi Dolby Atmos, Honor MagicBook mempunyai 4 pembesar suara yang terletak di kiri dan kanannya. Tenaganya dibekalkan oleh bateri 57.4Wh yang dipasang siap dan ia dicas melalui port USB-C.

BACA  Qualcomm Quick Charge 5 boleh cas 50% bateri dalam masa 5 minit