• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Cara anda basuh baju selama ini mungkin salah, kajian saintis ini membuktikannya

  • OLEH Ghazali Alias
  • 5:33 pm
  • 19/06/2020
  • Komen
Cara anda basuh baju selama ini mungkin salah, kajian saintis ini membuktikannya
Share on FacebookShare on Twitter

Membasuh pakaian adalah salah satu rutin kerja rumah. Ia biasanya dilakukan secara harian mahupun berkala. Selama ini, setiap kali membasuh menggunakan mesin, adakah ia dilakukan dengan cara yang betul dan tidak merosakkan pakaian?

Dalam kajian oleh saintis dari University of Leeds, diketui oleh Lucy Cotton dan pengeluar produk pencuci, Procter & Gamble (P&G), cara yang betul untuk membasuh pakaian menggunakan mesin adalah dengan memilih tetapan suhu air sejuk dan waktu basuh yang singkat.



Jelas Lucy, faktor suhu dan tempoh basuhan,boleh menyebabkan fabrik mengalami kesan seperti berikut:

  • Kehilangan mikroserat
  • Kehilangan warna
  • Perpindahan warna fabrik

Kehilangan mikroserat

Setiap pakaian dengan jenis fabrik dan warna berlainan, diuji dengan suhu, dan basuhan yang berbeza. Uji kaji yang dibuat melibatkan



  1. Tempoh basuhan 85 minit dengan suhu 40 darjah selsius
  2. Tempoh basuhan 35 minit dengan suhu 20 darjah selsius (basuhan sejuk ekspress)

Menggunakan tiga jenama pakaian dengan komposisi fabrik yang berbeza, kajian mendapati ketiga-tiganya akan kehilangan lebih banyak mikroserat apabila dibasuh pada suhu tinggi dan tempoh lama.

Hasilnya, basuhan yang lebih lama boleh menyebabkan warna pakaian menjadi cepat luntur. Perkara itu tidak belaku jika pakaian dibasuh dengan suhu lebih rendah dan tempoh masa singkat.

Kehilangan warna

Membasuh pakaian dengan kerap boleh menyebabkan warna fabrik cepat luntur. Menerusi uji kaji yang sama, warna pakaian cepat pudar selepas 16 kali basuhan pada suhu 40 darjah selsius berbanding basuhan sejuk ekspress.

Perpindahan warna fabrik

Perpindahan warna berlaku sekiranya pakaian berwarna dibasuh dengan fabrik putih. Dalam kajian ini, basuhan diuji dengan dua paras suhu iaitu antara 20 dan 40 darjah selsius dan 40 dan 60 darjah selsius.

Kajian mendapat, suhu basuhan lebih tinggi boleh menyebabkan pakaian akan turun warna dan boleh memberi kesan pakaian lain. Biasanya pakaian lebih cerah seperti putih akan berwarna.

Berdasarkan tiga kajian di atas, membasuh menggunakan mesin memberi kesan bukan sahaja kepada kondisi baju tetapi juga alam sekitar. Dengan pengurangan masa dan suhu, ia juga dpat menjimatkan tenaga sebanyak 66% setiap basuhan. Selain itu, mikroserat juga boleh jadi punca pencemaran alam.

Berhubung basuhan dengan tempoh masa lebih pendek, pastinya isu kebersihan menjadi persoalan utama. Mungkin perkara ini perlu dikaji lagi oleh golongan saintis dan P&G dalam eksperimen mereka yang seterusnya.

Sumber: Popular Mechanis
Sumber Gambar: Smart Dobi Gemenceh, Dobi Queen, 2

Tags: P&GUniversity of Leeds
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Cara anda basuh baju selama ini mungkin salah, kajian saintis ini membuktikannya

Cara anda basuh baju selama ini mungkin salah, kajian saintis ini membuktikannya

19 June 2020
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

14 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN