Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

3 produk pintar di rumah Xiaomi tiba di Malaysia

Xiaomi semakin giat menghasilkan pelbagai produk pintar yang boleh digunakan di rumah. Walaupun ia banyak dijual di China, tetapi hanya beberapa jenis yang dibawa masuk secara rasmi di Malaysia. Kini mereka mengumumkan terdapat 3 lagi produk yang akan dijual di Malaysia.

Produk baru tersebut ialah:

  • Mi Robot Vacuum-Mop: RM999
  • Mi Ionic Hairdryer: RM179
  • Mi Wi-Fi Range Extender Pro: RM59

Ketiga-tiga produk ini akan boleh dibeli dari kedai fizikal Mi Store dan pengedar sah Xiaomi di Malaysia bermula 25 Jun 2020.

1. Mi Robot Vacuum-Mop

Pembersih hampagas pintar ini bukan sahaja boleh menyedut kekotoran, ia juga menjalankan kerja mengemop dalam masa yang sama. Pelbagai kawalan boleh ditetapan menerusi aplikasi di telefon pintar. Ia juga memiliki keupayaan mengesan persekitaran agar pergerakannya tidak terhalan dan boleh berubah untuk meneruskan kerja pembersihan.

2. Mi Ionic Hairdryer

Pengering rambut pintar ini turut mengeluarkan ion air, menjadkan rambut kelihatan sihat dan bertenaga. Ia turut mengalirkan ion ini untuk meneutralkan elektrik statik yang boleh merosakkan rambut.

Dengan kuasa putaran sehingga 20,000rpm, ia boleh menghasilkan aliran udara setinggi 1.6 meter padu seminit. Menggunakan motor enjin keluaran Mabuchi Motor dari Jepun, bunyi bisingnya lebih rendah berbanding yang lain. Ia didatangkan dengan muncung magnetik yang boleh diputarkan 360-darjah.

Semak maklumat lanjutnya di sini.

3. Mi Wi-Fi Range Extender Pro

Semakin jauh kedudukan anda dari router, maka semakin rendah kualiti internet. Perkara ini boleh diatasi dengan memasang WiFi Range Extender, salah satunya keluaran Xiaomi. Mi Wi-Fi Range Extender Pro ini meluaskan lagi capaian WiFi menggunakan antenna 2×2 luarannya, memantulkan semula capaian WiFi dengan kelajuan sehingga 300Mbps.

BACA  Samsung Galaxy Buds+ kini ada warna merah

Ia sangat mudah digunakan kerana boleh ditetapkan menggunakan aplikasi di telefon pintar. Malah, aplikasi ini dapat membantu pengguna untuk mencari lokasi paling sesuai untuk pemantulan WiFi paling optimum.

Semak maklumat lanjutnya di sini.