Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Nombor pendaftaran SYG cipta rekod bidaan dengan kutipan lebih RM 3.4 juta

Nombor pendaftaran kenderaan “SYG” yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah, telah mendapat bidaan tertinggi dengan kutipan hasil melebihi RM3.4 juta. Jumlah itu mengatasi hasil kutipan bidaan nombor pendaftaran ALL yang dibuka JPJ Perak pada September 2009.

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid, seramai 7,424 orang telah mengambil bahagian dalam bidaan tersebut. Ia telah dibuka di Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid), selama enam hari, dari 10 hingga 15 Jun 2020.

Sepanjang tempoh itu, nombor pendaftaran SYG 1 yang dibida oleh 14 individu mendapat bidaan tertinggi dengan nilai RM115,000.  Pembida yang berjaya mendapat SYG satu turut memenangi bidaan untuk SYG 8 dengan nilai RM52,000.

Nombor pendaftaran yang berjaya mendapat bidaan melebihi RM10,000 adalah seperti berikut:

  • SYG 1 –RM 115,000
  • SYG 8 – RM 52,000
  • SYG 9 – RM 70,096
  • SYG 10 – RM 50,000
  • SYG 2 – RM 45,000
  • SYG 8055 – RM 19,000

Selain, itu terdapat juga nombor pendaftaran lain yang berjaya dibida dengan nilai dibawah RM 10,000. SYG 4111 yang dibida oleh 22 orang, mendapat bidaan dengan nilai RM7,500.

Bagi pembida yang berjaya membida, mereka perlu mendaftarkan nombor tersebut dalam tempoh 12 bulan. Setakat ini sebanyak 3,173 siri nombor SYG telah dibida melalui JPJeBid. Selebihnya, sebanyak 6,826 nombor yang tidak dibida, akan dibuka kepada orang ramai untuk pembelian mulai 1 Julai 2020. Nombor tersebut dijual pada julat harga bermula dari RM 300 hingga RM 20,000 untuk nombor emas.

Mereka yang berminat, boleh juga ke kaunter JPJ untuk membeli nombor berkenaan. Walau bagaimanapun, orang ramai digalakkan untuk melakukannya secara dalam talian dengan mendaftar di portal mySIKAP. Di portal berkenaan, pengguna boleh menyemak nombor pendaftaran yang masih dijual dan membelinya.

BACA  Samsung Galaxy Buds Live kini ada ANC dengan rekaan unik lebih radikal

Selepas ini, nombor pendaftaran yang akan dibuka untuk dibida adalah VEV. Mereka yang berminat, boleh membida nombor berkenaan menerusi portal JPJeBid bemula dari 18 hingga 22 Jun 2020.

Sumber: Paultan