• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Twitter sedang cuba fungsi baharu yang bolehkan audio jadi kandungan dalam status

  • OLEH Ghazali Alias
  • 11:41 am
  • 20/06/2020
  • Komen
Twitter sedang cuba fungsi baharu yang bolehkan audio jadi kandungan dalam status
Share on FacebookShare on Twitter

Twitter kini sedang menguji fungsi baharu iaitu status rakaman audio suara (voice note). Buat masa ini, fungsi itu diuji terhadap sekumpulan pengguna di platform iOS. Jika pengguna memuat naik status audio tersebut, pengikut mereka yang lain boleh mendengar dan menemuinya di timeline.

Berdasarkan laporan di Blog Twitter, fungsi ini dibangunkan untuk merancakkan lagi komunikasi antara pengguna di laman sosial itu. Selain itu, ia boleh mempelbagaikan kandungan status.



NEW Twitter feature alert!

Audio clips for tweets pic.twitter.com/lhiSZT71U8

— Matt Navarra (@MattNavarra) June 17, 2020

Setiap status boleh memuat naik audio dengan panjang maksimum 140 saat. Jika rakaman suara melebihi tempoh yang ditetapkan, secara automatik ia akan dipecahkan kepada status thread (status berantai).

Konsepnya sama seperti memuat naik video mahupun gambar. Cuma ia ditukar dengan audio suara. Semasa mahu membuat status baharu, pilihan rakaman audio suara akan terdapat di sebelah ikon kamera. Paparan pada status pula akan menyiarkan sebuah kotak dengan gambar pemilik akaun berserta butang play.



Pengguna yang menekan butang play boleh mendengar status audio sambil melihat status lain di timeline mereka. Malah, tab menu audio akan terbit di bahagian bawah paparan.

Buat masa ini ia dibangunkan buat pengguna iOS dan dicuba pada sekumpulan pengguna sahaja. Dalam masa terdekat, fungsi ini akan tersedia buat semua pengguna platform itu. Setakat ini, belum ada kenyataan lanjut tentang kewujudannya untuk pengguna Android.

Fungsi yang dibangunkan Twitter ini adalah pendekatan yang berbeza, dalam konsep status di laman sosial. Jika fungsi ini tersedia di semua platform, selepas ini akan muncul status suara pula yang tular. Yang penting kongsikan perkara yang baik-baik.

Sumber: 9to5Mac

Tags: Twitter
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022
Twitter sedang cuba fungsi baharu yang bolehkan audio jadi kandungan dalam status

Twitter sedang cuba fungsi baharu yang bolehkan audio jadi kandungan dalam status

20 Jun 2020
Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

23 Jun 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Siri Hyundai Ioniq 5: Alternatif lebih baik kepada Tesla Model 3?

Pengecualian cukai jualan kenderaan dilanjutkan hanya untuk pendaftaran, sehingga 31 Mac 2023

20 Jun 2022
Poco F4 dan Poco X4 GT akan dilancar minggu hadapan, spesifikasi penuh terdedah

Poco F4 dan Poco X4 GT akan dilancar minggu hadapan, spesifikasi penuh terdedah

17 Jun 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER