• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Lebih 80% iPhone guna OS terkini, Android pula kurang 10%

  • OLEH Najib
  • 2:16 pm
  • 22/06/2020
  • Komen
PANGGILAN AKHIR untuk program penukaran bateri iPhone
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu kelebihan terbesar menggunakan iPhone ialah kemaskini sistem operasi yang panjang. Bagi iOS 13 misalnya, ia boleh digunakan sehingga iPhone 6s yang dilancarkan pada tahun 2015, iaitu 5 tahun lepas.

Perkara ini sememangnya sangat dibanggakan Apple apabila mereka telah mengeluarkan laporan terkini tentang penggunaan iOS 13 di peranti terbaru iPhone dan iPad. Menurut data yang diperoleh dari Apple AppStore sehingga 17 Jun 2020, didapati sebanyak 92% iPhone yang dilancarkan sejak 4 tahun lepas telah menggunakan iOS 13. Sebanyak 7% masih dengan iOS 12 dan selebihnya iOS yang lebih lama.



Bagi jumlah semua iPhone yang masih aktif, iOS 13 telah dipasang di 81% iPhone. Hanya 13% iPhone yang masih menggunakan iOS 12 dan bakinya 6% lagi menggunakan iOS yang lebih lama. Bermakna, sebanyak 4 daripada 5 pengguna iPhone yang masih aktif, telah mengemaskini iPhone mereka ke iOS 13.

Tahun lepas, Apple memperkenalkan sistem operasi khas untuk tablet mereka, dipanggil sebagai iPadOS. Ia dibina berasaskan iOS dengan fungsi yang lebih sesuai untuk sebuah tablet. Penggunaan iPadOS terkini juga sangat mengagumkan.



Bagi iPad yang dilancarkan sejak 4 tahun lepas sehingga kini, sebanyak 93% darinya telah mengemaskini iPad mereka kepada iPadOS. Hanya 5% yang masih kekal dengan iOS 12 yang lama dan hanya sekitar 1% menggunakan iOS lebih lama.

Jika mengambil kira semua pengguna iPad yang aktif sejak dilancarkan, hampir 3/4 atau 73% telah menggunakan iPadOS yang terkini. Untuk iOS 12, hanya 16% iPad yang menggunakannya dan iOS yang lebih lama, masih terdapat di 11% peranti di seluruh dunia.

Source: StatCounter Global Stats – Android Version Market Share

Untuk perbandingan dengan sistem operasi lawannya Android, sehingga May 2020 hanya 18% peranti Android menggunakan Android 10 yang terbaru. Pengguna paling ramai masih kekal dengan Android 9.0 Pie iaitu 34%. Data ini disediakan oleh GlobalStats, memandangkan Google telah berhenti mengeluarkan statistik penggunaan Android sejak tahun lepas.

Adakah kemaskini sistem operasi adalah perkara penting untuk anda? Google dan kebanyakan pengeluar Android menjanjikan hanya 2 kali kitaran terbaru OS dan kebanyakan sangat lambat dilepaskan. Manakala di iPhone, semua peranti yang serasi akan menerima OS terkini serentak. Tetapi anda perlu membayar harga yang tinggi untuk menggunakan iPhone, sedangkan telefon Android ia boleh dibeli di bawah RM300.

Sumber: PhoneArena

Tags: appleiOSios 13ipados
Najib

Najib

POPULAR

PANGGILAN AKHIR untuk program penukaran bateri iPhone

Lebih 80% iPhone guna OS terkini, Android pula kurang 10%

22 June 2020
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER