Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Apple dilapor hidupkan semula projek AirPower

Selepas menghentikan pembangunan AirPower pada tahun 2019, Apple difahamkan secara senyap telah membangunkan semula lapik pengecas itu. Malah, prototaipnya juga sudah ada dan boleh mengecas Apple Watch.

Perkara tersebut didedahkan oleh Jon Prosser di laman Twitternya, yang berkongsi gambar Apple Watch yang sedang dicas bersama AirPods. Peranti itu dicas menggunakan prototaip lapik pengecas AirPower atau dikenali sebagai model C68.

Prosser turut berkongsi di Twitter pada 10 April 2020, melaporkan yang Apple berjaya mengawal selia penghasilan haba pada C68, dengan menggunakan cipset A11. Cip tersebut telah digunakan di dalam iPhone 8, 8 Plus, dan iPhone X.

Sejak membatalkan pembangunan AirPower berikutan ia menyebabkan Apple Watch menjadi panas ketika di cas, Apple tidak pernah lagi mengumumkan sebarang perkembangan tentang produk itu.

Adakah ia akan menjadi salah satu produk terkini dari Apple yang bakal diperkenalkan sebagai kejutan dalam pelancaran akan datang? iPhone, Apple Watch, dan AirPods sudah menjadi produk gaya hidup pilihan ramai terutama peminat produk Apple. Kewujudan pelapik pengecas ini akan menjadi satu produk mesti dimiliki bagi pengguna. Ia membolehkan semua ketiga-tiga produk dicas tanpa wayar serentak.

Terdahulu, AirPower telah diperkenalkan pada tahun 2017 sebagai salah satu produk masa depan Apple. Selepas menjalani pemabangunan selama 2 tahun, ia telah dibatalkan ekoran masalah teknikal.

Sumber: GSM Arena

BACA  Ini gambar ROG phone 3 yang lebih jelas