• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei P40 Pro+ bakal tiba di Malaysia dengan hadiah bernilai lebih RM1,300

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:57 am
  • 22/06/2020
  • Komen
Huawei P40 Pro+ bakal tiba di Malaysia dengan hadiah bernilai lebih RM1,300
Share on FacebookShare on Twitter

Yang terhebat dalam keluarga Huawei P40 akan tiba di Malaysia pada 26 Jun 2020. Untuk pasaran kita, Huawei P40 Pro+ miliki tanda harga RM4,999. Sebagai perbandingan, Huawei P40 Pro kini dijual pada harga RM3,899 dan Huawei P40 pada RM2,799.

Seperti dua saudaranya yang lain, pembeli Huawei P40 Pro+ turut akan menerima pemberian bernilai lebih RM1,300. Antara yang bakal diterima adalah:



  • Huawei Freebuds 3
  • Huawei Supercharge Wirless Charger Stand (40W)
  • 3 bulan akses VIP Huawei Video, dimsum, Qello Concert & The Explorers
  • 50GB storan Huawei Cloud selama setahun
  • Jaminan tambahan 1 tahun
  • Perlindungan skrin retak 1 bulan
Siri Huawei P40: Maklumat tempahan awal dan penjualannya di Malaysia

Untuk model ini, tiada kempen tempahan dijalankan. Hal ini bermakna anda boleh terus belinya melalui saluran dalam talian ataupun pengedar sah seluruh negara pada hari pertama penjualannya.

Huawei P40 Pro+, daripada segi spesifikasi teknikal, adalah yang paling berkuasa. Ia ada 5 kamera belakang masing-masing dengan ciri berikut:



  • 50MP (23mm) F1.9
  • 40MP (18mm) F1.8
  • 8MP (125mm) F3.4
  • 8MP (240mm) F4.4
  • 3D ToF

Salah satu kamera ini mampu mengezum sehingga 100x jauh, sama seperti Space Zoom yang boleh ditemui pada Galaxy S20 Ultra. Untuk selfie, ia ada dua kamera, satu yang bersensor 32MP dan satu lagi 3D ToF untuk simulasi bokeh.

Di bahagian muka, ia dilengkapi panel paparan OLED beresolusi FHD+ dengan kadar semula 90Hz. Huawei menggelar paparan melengkung telefon ini sebagai Quad-overflow Display.

Atas papan utama, ia bergerakkan berenjinkan Kirin 990 5G bersama-sama RAM 8GB dan storan 512GB.

Membekalkan tenaga pada telefon ini ialah bateri 4,200mAh. Ia menyokong pengecasan pantas 40W, sama ada berkabel ataupun wayarles.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: Huaweihuawei p40huawei p40 prohuawei p40 pro plus
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Huawei P40 Pro+ bakal tiba di Malaysia dengan hadiah bernilai lebih RM1,300

Huawei P40 Pro+ bakal tiba di Malaysia dengan hadiah bernilai lebih RM1,300

22 June 2020
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER