• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tablet 5G pertama Malaysia ini datangnya dari Huawei

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:16 am
  • 22/06/2020
  • Komen
Tablet 5G pertama Malaysia ini datangnya dari Huawei
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda sedang cari tablet berkuasa tinggi untuk lakukan kerja dan ia jalankan Android, anda boleh pertimbangkan Huawei MatePad Pro. Ia sudahpun ada di Malaysia untuk beberapa ketika. Tapi, varian 5G tablet ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia. Anda boleh dapatkannya pada harga RM3,299 ataupun varian tanpa 5G pada harga RM2,399.

Kecuali pada bahagian 5G, kedua-dua tablet ini miliki specs yang serupa. Paling menarik ialah ia didatangkan dengan keyboard jenis folio bersama-sama stailus M-pencil. Jadi anda tak perlu keluarkan kos tambahan untuk maksimumkan potensi tablet ini.



Di bahagian specs, ia adalah sebuah produk bercirikan flagship. Paparannya ada resolusi WQXGA 2560×1600 dan dilengkapi kuadspeaker yang padu. Maka, anda tak perlu risau tentang keupayaannya menghiburkan anda.

Atas papan utama, ia diperkasa Kirin 990 5G bersama-sama RAM 8GB dan storan 256GB. Storan tersebut boleh diperluas melalui slot kad NM. Sekiranya anda perlu ambil gambar, ia ada satu kamera 13MP di bahagian belakang dan satu kamera 8MP untuk tujuan sidang video misalnya.



Tablet ini ada tangki bateri yang agak besar. Anda boleh mengisi tangki 7,250mAh dengan pengecas dengan pengecasan 40W yang diberikan bersama.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: Huaweihuawei matepadhuawei matepad prohuawei matepad pro 5g
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tablet 5G pertama Malaysia ini datangnya dari Huawei

Tablet 5G pertama Malaysia ini datangnya dari Huawei

22 June 2020
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN