• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple WWDC: Apple Silicone akan menggantikan cip Intel di komputer Mac

  • OLEH Najib
  • 3:42 am
  • 23/06/2020
  • Komen
Apple WWDC: Apple Silicone akan menggantikan cip Intel di komputer Mac
Share on FacebookShare on Twitter

Apple WWDC telah selamat membuka tirai ucaptamanya, yang memperkenalkan pelbagai perkara baru untuk pembangun produk Apple. Seperti biasa, Apple akan menyimpan pengumuman terbesarnya di akhir pembentangan dan kali ini ia adalah Apple Silicone.

Apple Silicone adalah cip yang dihasilkan sendiri oleh Apple, untuk digunakan secara khusus di peranti mereka. Ia telah digunakan di iPhone sejak 10 tahun lepas dan diubahsuai dengan grafik lebih perkasa bagi kegunaan iPad.



Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook pagi ini mengumumkan bahawa komputer Mac akan mula menggunakan cip Apple Silicone bagi menggantikan cip Intel yang mereka telah gunakan sekian lama.

Menurut Tim, dengan membangunkan cip sendiri, Apple dapat mengoptimumkan peralatan mereka dengan perisian yang turut mereka bangunkan, agar ia dapat mengeluarkan prestasi tertinggi tetapi rendah tenaga.



Lebih menarik lagi, Mac yang menggunakan cip Apple Silicone berupaya untuk menjalankan semua aplikasi yang dibina untuk iPhone dan iPad. Tim menjelaskan, aplikasi iPhone dan iPad ini boleh digunakan terus di Mac dengan memuat turunnya di Apple Appstore.

Untuk permulaan, Apple akan menggunakan cip A12Z yang sama di iPad pada model Mac yang akan datang. Ia akan dijual kepada pengguna bermula hujung tahun ini. Lebih banyak cip Apple Silicone akan diperkenalkan kemudian untuk penggunaan berbeza.

Walaupun begitu, Apple akan mengambil masa sekitar 2 tahun untuk mengubah komputer Mac mereka kepada platform Apple Silicone sepenuhnya. Dalam tempoh ini, Apple masih akan memperkenalkan model baru Mac yang dikuasakan cip Intel.

Tetapi dengan arkitektur pemproses yang baru, ia turut membawa perubahan yang amat besar, terutama sekali kepada sistem operasi macOS. Apple telah menyediakan laluan mudah kepada aplikasi Mac yang dibangunkan untuk cip Intel sebelum ini, agar masih dapat dijalankan dengan lancar pada Mac yang dikuasakan Apple Silicone.

Terdapat 3 cara iaitu dengan Universal 2, Rosetta 2 dan Virtualization. Universal 2 akan menjadi platform pembangun untuk mengatur semula kod aplikasi mereka dari berasaskan cip Intel kepada cip Apple Silicone.

Rosetta 2 pula menjadi perantara untuk aplikasi yang masih belum diubah, agar ia masih boleh terus digunakan di platform Apple Silicone. Dijangka aplikasi yang menggunakan Rosetta 2 tidak akan selancar dulu, tetapi masih membolehkan pengguna untuk menjalankan aplikasi yang masih belum dikemaskini.

Virtualization pula adalah tempat untuk menjalankan sistem operasi Linux, di dalam macOS.

Bagi membantu pembangun untuk terus memulakan kerja mereka, Apple turut melancarkan kit peralihan pembangun yang menyediakan Apple Mac Mini dengan cip Apple A12Z. Apple akan mula menjualnya bermula hari ini dan pembangun yang berminat mendapatkannya, boleh mendaftar di laman web developer.apple.com.

Dengan cip A12Z di Mac, ia telah melengkapkan lagi ekosistem Apple yang membolehkan perisian mereka berinteraksi di peranti berbeza dengan lebih lancar. Selepas ini, mungkin jurang perbezaan antara komputer, telefon dan tablet semakin samar. Apa yang berlainan hanyalah saiz skrin.

Tags: appleApple A12ZApple MacApple WWDC
Najib

Najib

POPULAR

Apple WWDC: Apple Silicone akan menggantikan cip Intel di komputer Mac

Apple WWDC: Apple Silicone akan menggantikan cip Intel di komputer Mac

23 June 2020
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

10 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN