Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

iOS 14: Ini 11 fungsi menarik yang perlu anda ketahui

Ini adalah kali pertama WWDC dilakukan secara dalam talian sepenuhnya. Ia disiarkan secara langsung dari Apple Park ke saluran YouTube dan Apple. Apple mengumumkan kemas kini terhadap semua sistem operasi daripada iOS, hinggalah kepada MacOS.

Tapi artikel ini akan menggariskan beberapa fungsi menarik yang bakal anda terima pada iOS 14.

1.APP Library

Ini adalah jawapan Apple kepada APP Tray yang ada di Android. Sejak sekian lama, semua aplikasi yang terpasang pada iPhone anda akan disusun pada homescreen dan apabila masa berlalu, akan ada beberapa halaman APP pada homecreen anda. Halaman akan jadi terlalu banyak sehinggakan anda tak ingatpun apa yang anda pernah pasang satu ketika dulu.

Dalam iOS 14, di akhir sesuatu homescreen aka nada APP Library. Padanya, sistem akan himpun dan cerakinkan APP mengikut kategori, sama seperti ketika anda himpunkan APP dalam satu folder, tapi ini dilakukan secara automatik.

Bagi mempertingkat lagi kebersihan homescreen anda, sesuatu halaman APP kini boleh disembunyikan.

2. Widget gaya baru

Widget tak lagi dihimpunkan dalam satu halaman khas di belah kiri homscreen. Sebaliknya, ia boleh diletakkan bersama-sama ikon APP anda seperti yang anda nikmati sekarang di Android. Sistem iOS juga secara bijaknya akan tetapkan saiz yang sesuai mengikut widget.

3. Picture-in-Picture

Fungsi ini memang sedia terkenal pada iPadOS dan kini boleh dinikmati pengguna iPhone. Semasa lakukan tugasan menaip, anda boleh layani kandungan multimedia melalui tetingkap floating. Interaksi seperti mainkan, hentikan, cubit untuk zoom boleh dilakukan.

4. Rupa paras Siri diolah semula

Apabila anda menyeru pembantu maya tersebut, ia tidak lagi terpampang di seluruh paparan. Sebaliknya, hanya ada satu ikon di bahagian bawah skrin terpapar.

BACA  Oppo A31 dikurangkan RAM dan storan agar lebih murah dijual di Malaysia

Apple telah menambah baik keupayaan teks-kepada-suara Siri untuk anda hantarkan mesej audio kepada rakan-rakan anda dengan bantuan Siri.

5. APP Translate

Apple memperkenalkan APP baharu khas untuk lakukan terjemahan, sama seperti Google Translate. Sejurus dilancarkan kelak, sebanyak 11 bahasa akan disokongnya.

Bagi mempertingkat keselamatan, APP ini boleh berfungsi tanpa capaian Internet, menggunakan ciri pembelajaran mesin yang ada dalam telefon. Makanya, tiada data dihantar keluar dan hasil terjemahan anda selamat di dalam telefon.

6. APP Messages

Walaupun bukanlah perubahan saujana, tapi anda perlu ketahui yang ciri membalas mesej dalam bebenang telah ditambah baik. Ciri Memojo juga telah diperkaya dengan 20 pilihan rambut dan aksesori kepala yang baharu termasuklah topeng muka.

Untuk mudahkan anda bermesej dengan individu penting, fungsi mengepin contact boleh dilakukan.

7. APP Maps

Aplikasi Maps tidak ketinggalan menerima sentuhan tambah baik Apple. Kali ini, mereka menumpukan pada pengangkutan mesra alam sekitar. Penguna akan dapati navigasi khas untuk basikal boleh dipilih.

Walau bagaimanapun, sebagai permulaan, ia hanya disokong di New York, Los Angeles, San Francisco, Shanghai dan Beijing. Gelombang seterusnya adalah UK, Ireland, dan Kanada.

8. Fungsi khas untuk pemandu Kenderaan Elektric (EV)

Navigasi untuk pemandu EV adalah sesuatu yang sangat dialu-alukan. Apabila lakukan perjalanan, sistem akan mencadangkan laluan yang ada stesen mengecas kenderaan selain mancadangkan waktu paling sesuatu untuk mula memandu bagi mengelakkan kesesakan.

Sejurus dilancarkan, fungsi ini akan dinikmati pemandu EV daripada pengeluar BMW dan Ford dengan jenama lain bakal menyusul kemudian.

9. CarPlay: Wallpaper baru, kategori baru, sokongan EV

Sama seperti fungsi baru pada Maps, di CarPlay juga ada ciri khas EV. Akan ada ikon mengecas di laman pemuka untuk percepatkan anda mencari stesen mengecas di kala kecemasan. Anda kini boleh tukar wallpaper kepada yang diingini pada iOS 14.

BACA  YouTube Kids 'After School' tayang lebih 100 filem percuma untuk kanak-kanak

10. iPhone gantikan kunci kereta

Kalau anda ada kenderaan fungsi keyless, kelak anda boleh gunakan iOS 14 untuk hidupkan enjin dan mula memandu. Bukan itu saja, sekiranya anda berkongsi kereta, anda boleh tetapkan iPhone individu lain yang boleh hidupkan enjin malahan tempoh waktu sah untuk gunakan kereta juga boleh ditetapkan.

Sejurus dilancarkan, hanya model BMW siri 5 tahun 2021 akan disokong tapi jangkakan sokongan keatas lebih banyak model pada masa akan datang.

11. App Clips

Di Android, mereka ada Instant APP. Ciri ini bolehkan anda gunakan APP tanpa perlu muat turunnya. Ia berguna sekiranya anda ingin memandu uji sesuatu produk sebelum berkeputusan untuk membelinya.

Bezanya App Clip dengan Instant APP, pandu uji APP boleh dilakukan di banyak tempat seperti Messages, Maps, malahan selepas mengimbas QR ataupun NFC, pun boleh.

Nantikan kemunculan iOS 14 di iPhone yang menyokongnya.

Apa pendapat anda tentang kemas kini ini? Ciri manakah yang paling menarik minat anda? Tonton pembentangan WWDC penuh di bawah ini untuk maklumat lanjut.