• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iPadOS 14: Ini senarai kemaskini yang jadikannya tablet terbaik atas muka bumi

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:42 am
  • 23/06/2020
  • Komen
iPadOS 14: Ini senarai kemaskini yang jadikannya tablet terbaik atas muka bumi
Share on FacebookShare on Twitter

iPadOS mewarisi semua manfaat iOS tapi dibangunkan khas untuk peranti berskrin besar. Sewaktu diperkenalkan tahun lalu, pembangun mensasarkan untuk asimilasikan kelebihan ios masuk ke tablet.

Pada tahun ini, objektif mereka adalah perhalusi pengalaman pula. Berikut adalah antara penambahbaikkan yang boleh anda jangkakan.



Sidebar jadi ruji dalam APP

Sidebar boleh ditemui di APP File ketika ini, tapi di iPadSO 14, ia diperluas ke seantero ekosistem. Kelebihan yang boleh saya perhatikan ialah akan ada konsistensi kepada pengalaman penggunaan anda.

Di sidebar sana, anda boleh temui himpunan himpunkan perkara-perkara penting bergantung pada APP yang anda gunakan. Dalam demonstrasi, mereka sidebar pada Photos, Calendar, dan Music.



Jangkakan kehadiran sidebar di banyak lagi APP.

Notifikasi yang minimum intrusif

Kalau anda baca kemas kini yang dibawakan di iOS 14, anda dapati yang Siri telah diolah untuk muncul seminimum mungkin. ia bagi mengelakkan kerja anda terganggu akibat paparan dihalang oleh pop-up si Siri.

  • Sebelum ini
  • Selepas ini
  • Selepas ini

Fungsi yang sama turut dibawakan pada ipadOS 14 tapi lebih menyeluruh. bukan sahaja Siri, rawatan yang sama turut diberikan pada notifikasi menerima panggilan, tak kiralah Facetime mahupun Skype, kerja anda tak lagi terganggu.

Fungsi carian kini sarwajagat

Selain tak lagi menggunakan keseluruhan skrin untuk paparkan hasil carian, ia juga telah dibangunkan semula oleh Apple untuk jadi universal.

Dalam iPadOS 14, pengguna boleh lakukan carian di mana-mana paparan.

Apple Pencil sekali ganda lebih baik

Sekali anda gunakan Pencil, anda tentu sukar untuk berhijrah ke stailus yang lain. Selain sangat ergonomik untuk digunakan, stailus di iPad sangat intuitif dan responsif. Anda akan rasa seperti menulis atas kertas sebenar menggunakannya.

Untuk iPadOS 14, Apple ingin menggabungkan manfaat yang anda peroleh ketika menulis dan ketika menaip. Antara perkara menarik yang bakal anda temui:

  • Anda boleh tulis di mana-mana ruang teks dan ia akan ditukarkan secara automatik
  • Lakaran bentuk ringkas akan ditukar kepada versi yang lebih kemas.
  • Tulisan boleh dihighlight seperti teks untuk ditukarkan warna ataupun alihkan lokasi untuk beri lebih ruang untuk menulis
  • Aksara Roman dan Mandarin boleh dikenal pasti iPadOS
Tags: appleapple ipadosipadosIpados 14
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
iPadOS 14: Ini senarai kemaskini yang jadikannya tablet terbaik atas muka bumi

iPadOS 14: Ini senarai kemaskini yang jadikannya tablet terbaik atas muka bumi

23 June 2020
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN