Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Kuasa AMD Ryzen 4000 pilihan kuasa terbaru di Thinkpad E14 dan E15

Lenovo Malaysia hari ini menampilkan barisan baru bagi laptop ThinkPad siri E14 dan E15 mereka. Ia kini ditambah pilihan kuasa pemproses AMD Ryzen siri 4000 yang terbaru. Cip terbaru AMD ini menggunakan arkitektur Zen 2 yang baharu, dari proses 7nm. Ia memberikan lebih prestasi dengan kurang tenaga.

ThinkPad E14 dan E15 disediakan dalam pilihan cip Ryzen 3, Ryzen 5 dan Ryzen 7. RAM pula dari jenis LPDDR4 antara 4GB dan 8GB, manakala storan boleh memuatkan 2 batang SSD M.2 PCIe sehingga 1TB.

Lenovo memasarkan ThinkPad E14 dan E15 sebagai laptop kelas permulaan untuk perniagaan. Antara ciri-ciri menarik yang ditawarkan ialah butang khas menjawab dan meletak panggilan. Butang ini boleh ditetapkan untuk perisian persidangan video seperti Skype dan Zoom yang semakin popular semasa PKP.

Lenovo juga telah memasang ThinkShutter di laptop ThinkPad sejak 2018. Ia adalah penutup fizikal bagi kamera web bagi memberi keselamatan tambahan. Tetapi ia tidak terdapat pada model yang menggunakan kamera infra merah.

ThinkPad terkenal dengan papankekunci dan trackpad yang sangat selesa digunakan. Bagi model ini, ia datang dengan papankekunci kalis tumpahan air, bersama trackpad yang luas dan datang dengan TrackPoint yang berfungsi untuk menatal.

Laptop ini juga tahan lasak kerana ia menerima pengiktirafan ketenteraan MIL-STD 810G. Selain itu, terdapat pengimbas capjari yang digabungkan dengan butang kuasa untuk pengesahan biometrik.

Laptop Thinkpad E14 dan E15 dengan kuasa AMD Ryzen siri 4000 telah mula dijual di Malaysia sekarang di stor online Lenovo dan Stor Eksklusif Lenovo di seluruh Malaysia. ThinkPad E14 dijual bermula dari RM3,499 manakala ThinkPad E15 berharga dari RM3,449.

BACA  COVID-19: Kes baru menghampiri 1 angka, kes import lebih banyak daripada kes tempatan