• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Ribuan permainan video haram di China akan dibuang dari App Store bermula Julai

  • OLEH Ghazali Alias
  • 6:15 pm
  • 25/06/2020
  • Komen
Apple Arcade: Servis Langganan Sekali Bayar, Main Semua
Share on FacebookShare on Twitter

Bermula Julai 2020, Apple akan mula membuang permainan haram daripada platform AppStore di negara China. Haram yang dimaksudkan ialah, permainan video tanpa lesen daripada kerajaan untuk diedarkan kepada pengguna.

Hal ini telah lama ada di Android kerana sejak 2016, mereka sudahpun menguatkuasakan undang-undang perlesenan tersebut. Oleh sebab Apple masih belum melakukan perkara yang sama, banyak pembangun gemar untuk menerbitkan permainan video di iOS sehinggalah hari ini.



Dengan pelaksanaan undang-undang ini, semua pembangun perlu memperoleh lesen untuk permainan video mereka dari kerajaan China, sebelum diterbitkan di platform iOS. Kebiasaannya, mendapatkan lesen tersebut memakan masa berbulan-bulan lamanya.

Kerajaan di China memperuntukkan bahawa semua permainan video yang berbayar atau mempunyai pembelian dalam aplikasi, perlu melepasi penilaian kemudian mendapatkan lesen sebelum diterbitkan. Negara itu juga mengenakan kriteria yang ketat, misalnya tidak membenarkan sebarang permainan berunsur perjudian, zaman empayar China atau keganasan.



Pada Februari 2020, Apple telah memaklumkan kepada pembangun aplikasi iOS di China, supaya memperoleh lesen untuk permainan video mereka sebelum menerbitkannya di App Store. Perkara tersebut perlu dilakukan sebelum 30 Jun 2020. Kriteria ini melibatkan semua permainan video termasuk yang berbayar dan mempunyai pembelian dalam aplikasi.

Berdasarkan laporan dari Bloomberg, sehingga kini terdapat 60,000 permainan video, sama ada berbayar atau mempunyai pembelian dalam aplikasi, tersenarai dalam Apple AppStore di China. Lebih suku daripadanya tidak mempunyai lesen.

Tidak diketahui berapa lama masa yang akan diambil Apple untuk membuang semua permainan video di stor aplikasinya. Pada masa sama, syarikat itu juga enggan mengulas lanjut tentang pembuangan permainan video di AppStore di China.

China merupakan pasaran kedua terbesar Apple selepas Amerika Syarikat. Negara itu menyumbang kira-kira satu per lima daripada USD 61 bilion pendapatan syarikat itu. Ia menerusi jualan produk dan perkhidmatan digital di AppStore sepanjang tahun 2019. Tindakan yang diambil Apple dengan membuang permainan video haram, boleh dikatakan mahu menjaga sumber pendapatannya di negara itu. Ia lebih baik daripada kerajaan China mengharamkan Ap Store di negaranya.

Sumber: Engadget, Bloomberg

Tags: appleApple Appstore
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Apple Arcade: Servis Langganan Sekali Bayar, Main Semua

Ribuan permainan video haram di China akan dibuang dari App Store bermula Julai

25 June 2020
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN