• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Teknologi Audio

Fon kepala baru Vivo TWS Neo akan datang ke Malaysia

  • OLEH Najib
  • 6:05 pm
  • 25/06/2020
  • Komen
Fon kepala baru Vivo TWS Neo akan datang ke Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo Malaysia hari ini mengumumkan akan membawa masuk fon kepala TWS terbaru mereka, Vivo TWS Neo dengan slogan “Seamless Studio Sound“. Fon kepala ini dilancarkan bersama telefon pintar X50 di China awal bulan ini.

Menurut Vivo, fon kepala ini direka khas untuk peminat audio. Ia memiliki unit pemandu sebesar 14.2mm, lebih besar dari yang biasa digunakan di TWS lain. Kualiti HD seperti cakera padat secara wayarles, boleh dinikmati pengguna bersama 3 jenis efek bunyi setero.



Fon kepala ini juga hadir dengan mod wayarles rendah pendaman 88ms, serta sambungan super stabil bagi menjamin bunyi yang sentiasa jelas dan lancar, terutama semasa bermain permainan video serta membuat panggilan video.

Untuk kawalan, Vivo TWS Neo mempunyai permukaaan sentuh yang boleh disapu untuk menaik atau menurunkan tahap bunyi. Ia juga dipasang sensor yang boleh mengesan apabila dicabut dari telinga untuk memberhentikan lagu. Dengan pengiktirafan IP54, ia kalis dari percikan di saat yang tak diduga.



Menurut spesifikasi dari laman produk di China, Vivo TWS Neo boleh digunakan sehingga 5.5 jam bermain muzik atau sehingga 4.2 jam jika mengaktifkan mod kualiti tinggi aptX Adaptive. Bersama bekas pengecas yang boleh dicas melalui USB-C, pengguna dapat menikmati masa mendengar sehingga 27 jam.

Di China, Vivo TWS Neo telah dijual pada harga RMB499 (~RM301). Buat masa ini, Vivo Malaysia masih belum menerangkan bilakah fon kepala ini akan mula dijual di Malaysia, serta harganya. Pasti lebih banyak maklumat akan dikongsikan tidak lama lagi.

Tags: vivoVivo TWS Neo
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Fon kepala baru Vivo TWS Neo akan datang ke Malaysia

Fon kepala baru Vivo TWS Neo akan datang ke Malaysia

25 June 2020
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER