Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

GrabMart Instant Retail jemput peniaga kecil & sederhana berniaga dalam talian

Grab Malaysia menerusi perkhidmatan GrabMart kini memperkenalkan Instant Retail. Ia merupakan platform buat peruncit Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) di negara ini, menjual barangan mereka secara dalam talian dengan khidmat penghantaran yang selamat dan segera.

Pengarah urusan Grab Malaysia, Sean Goh berkata, seiring penyertaan Grab dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), pihaknya memperluas platform GrabMart kepada rangkaian peruncit PKS yang menjual barangan keperluan, antaranya:

  • Kecantikan
  • Kesihatan
  • Snek
  • Hadiah
  • Permainan
  • Bunga
  • Alat tulis

Jelasnya, kebanyakan peruncit ini bergantung kepada jualan secara fizikal. Dengan norma baharu dan perkembangan jualan dalam talian, Grab membuka peluang untuk mereka mengembangkan perniagaan dan memperluas jaringan pelanggan.

Menurut Goh lagi, pihaknya juga menyenaraikan dua objektif dalam operasi GrabMart Instant Retail. Pertama ialah menyediakan perkhidmatan penghantaran yang cepat dan selamat. Kedua menyediakan akses kepada jutaan pengguna aplikasi Grab untuk peruncit.

Khidmat pembelian atas permintaan telah menjadi pilihan ramai untuk membeli barang keperluan. Oleh itu, Grab dengan lebih 120,000 rakan-penghantar di seluruh negara, akan mengoptimumkan teknologinya untuk meningkatkan kecekapan penghantaran. Sasaran Grab adalah penghantaran pantas dan selamat di bawah 30 minit.

Sementara itu, dengan penyertaan peruncit di platform jualan Grab, mereka secara tidak langsung mendapat akses kepada kira-kira 20 juta pelanggan di seluruh negara. Ia akan menghubungkan peruncit dengan pelanggan yang berada di kawasan berdekatan. Selain itu, pelanggan yang membeli di GrabMart Instant Retail juga memperoleh mata ganjaran, GrabRewards.

Sempena pengenalan GrabMart Instant Retail, pihak Grab memberikan potongan 20% kepada pelanggan yang membeli barang menerusi perkhidmtan itu. Pada masa sama, ia juga merupakan inisiatif untuk menyokong usaha kerajaan menerusi kempen Shop Malaysia Online.

Dalam pada itu, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rangkaian peruncit yang telah bersama GrabMart telah mencapai kenaikan dalam penjualan sehingga tiga kali ganda. Ia juga boleh dicapai oleh peniaga PKS menerusi Instant Retail.

BACA  Pengesan suhu infra merah terima radiasi dari manusia dan tidak akibatkan barah

Bagi peruncit PKS yang ingin menyertai keluarga GrabMart Instant Retail, mereka boleh mendaftar sebagai rakan niaga di pautan ini.