• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon gaming dengan kipas turbo, skrin 144hz dan Snapdragon 865 5G ini dijual di bawah RM2700

  • OLEH Najib
  • 1:17 pm
  • 25/06/2020
  • Komen
Telefon gaming dengan kipas turbo, skrin 144hz dan Snapdragon 865 5G ini dijual di bawah RM2700
Share on FacebookShare on Twitter

Pilihan telefon gaming terbaik semakin hari semakin bertambah di Malaysia. Salah satu darinya kini ialah telefon pintar Red Magic 5G di bawah jenama Nubia. Ia kini ditemui telah dijual di Malaysia tetapi bukannya set rasmi, sebaliknya ialah set import.

Nubia Red Magic 5G yang dikuasakan cip Snapdragon 865, menyokong 5G, ada kipas berputar di dalam untuk sistem penyejukan lebih baik dan skrin 144Hz, kini boleh didapati dari serendah RM2,688. Pengedar dan penjual telefon pintar Mobile 2 Go, telah menyenaraikan telefon pintar ini di kedai mereka.



Senarai harga, warna dan spesifikasi set import Nubia Red Magic 5G, yang dijual oleh Mobile 2 Go adalah seperti berikut:

  • RAM 12GB + Storan 128GB – RM2688 (Hitam & Merah)
  • RAM 12GB + Storan 256GB – RM2988 (Hitam)
  • RAM 12GB + Storan 256GB – RM3088 (Cyber Neon)

Nubia Red Magic 5G ini boleh dikatakan telefon gaming terbaik buat masa ini. Prestasi tertingginya dipacu oleh cip terbaik, Snapdragon 865 yang menyokong 5G. RAM nya dari jenis LPDDR5 seluas 12GB dan storan pula super pantas UFS 3.0. Keunikan telefon ini ialah sistem penyejukannya yang menggabungkan sistem pengaliran haba cecair serta kipas berpusing terbina di dalam, tidak perlu dibeli berasingan.



Paparan telefon ini juga luar biasa kerana ia memiliki kadar segar semula setinggi 144Hz dan kadar respon sentuhan 240Hz. Ia berukuran 6.65-inci dari jenis AMOLED, dengan resolusi HD Penuh tanpa takuk dan lubang, kerana ia memiliki bingkai tebal untuk menempatkan kamera hadapan. Pengimbas capjari terdapat di dalam skrin.

Kali ini Nubia tidak mengabaikan kamera di telefon pintar gaming mereka. Red Magic 5G dipasang tiga kamera belakang, gandingan kamera utama 64MP dari sensor Sony IMX686, kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Kamera hadapannya pula 8MP, terletak di bingkai di atas skrin.

Tenaga untuk telefon ini disalurkan dari bateri berkapasiti 4,500mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 55W melalui USB-C. Sistem bunyi pula dikeluarkan dari speaker stereo yang ditembak ke tepi. Tidak ketinggalan, jek audio 3.5mm masih ada untuk peminat menggunakan fon kepala berwayar.

Nubia turut menambah banyak ciri-ciri yang disukai peminat gaming ke dalam telefon ini, seperti butang bahu yang terletak di kanan telefon, serta lampu lip-lap RGB di belakang yang boleh diubah warnanya.

Apa lagi yang anda mahu pada telefon pintar? Dengan kipas turbo, skrin 144Hz, speaker stereo dan Snapdragon 865 5G, tiada pesaing lain yang boleh menyaingi tawaran Nubia Red Magic 5G buat masa ini. Jika berminat, hubungi Mobile 2 Go untuk mendapatkannya.

Sumber: Mobile 2 Go

Tags: 5gNubianubia red magic 5g
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Telefon gaming dengan kipas turbo, skrin 144hz dan Snapdragon 865 5G ini dijual di bawah RM2700

Telefon gaming dengan kipas turbo, skrin 144hz dan Snapdragon 865 5G ini dijual di bawah RM2700

25 June 2020
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN