• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Aurora Purple pilihan warna baharu untuk Oppo A92

  • OLEH Ghazali Alias
  • 9:58 am
  • 25/06/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo Malaysia membawa masuk pilihan warna baharu buat model A92 di pasaran tempatan. Ia akan dilancarkan di Shopee LIVE Unboxing event pada 26 Jun 2020. Kali ini, jenama tersebut bakal memperkenalkan telefon itu dalam rona Aurora Purple.

Berdasarkan kenyataan dari Oppo, Shopee LIVE Unboxing event akan berlangsung pukul 10.30 pagi di Stor rasmi Oppo di Shopee. Pada majlis itu penonton berpeluang untuk melihat A92 Aurora Purple secara eksklusif. Selain itu, mereka berpeluang memenangi hadiah eksklusif Oppo seperti Enco W31 bernilai RM259 dan baucar Shopee dengan nilai keseluruhan RM3,000.



Oppo menjelaskan, rona Aurora Purple merupakan adunan spektrum warna-warna lembut di angkasa. Dengan kemasan berkilat, ia menjadikan Oppo A92 tampak lebih elegan. Tambahan pula dengan rekaan model itu yang moden.

Sedikit sebanyak tentang model ini yang telah memasuki pasaran tempatan pada Mei 2020 itu. Oppo A92 mempunyai skrin LCD HD penuh bersaiz 6.5”. Ia juga ditampilkan dengan paparan penuh berlubang yang menempatkan kamera hadapan.  



Di bahagian pengimejan, telefon ini mempunyai kuadkamera belakang dengan sensor utama 48MP.  Selebihnya adalah sensor 8MP (ultralebar), 2MP (potret), dan 2MP (makro). Kamera swafoto pula mempunyai sensor 16MP.

Tenanganya dijana oleh bateri sebesar 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W. Di atas papan utama, Oppo A92 dikuasakan oleh cip Qualcomm Snapdragon 665. Ia datang dengan RAM 8GB dan storan 128GB.

Terdahulu, Oppo A92 telah dilancarkan di Malaysia pada bulan Mei 2020, dengan pilihan warna putih dan hitam. Ia dijual pada harga RM1,199.

Untuk maklumat lanjut berkenaan produk OPPO A92 orang ramai boleh ke pautan berikut:

  • Laman web Oppo
  • Facebook
  • Kedai Online Oppo
  • Shopee
  • Lazada

Tags: oppoOppo A92Shopee
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

13 Mei 2022
Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

18 Mei 2022

Penerbangan ditunda atau dibatalkan? Ini cara & pampasan yang boleh anda tuntut

12 Mei 2022
Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

9 Mei 2022
2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

9 Mei 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER