• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

WhatsApp Pay yang baru dilancarkan, telah disekat penggunaannya oleh BCB

  • OLEH Najib
  • 12:02 pm
  • 25/06/2020
  • Komen
WhatsApp Pay yang baru dilancarkan, telah disekat penggunaannya oleh BCB
Share on FacebookShare on Twitter

Minggu lepas, WhatsApp telah melancarkan sistem pembayaran digital mereka, WhatsApp Pay di Brazil. Ia menjadi negara pertama yang membolehkan pembayaran dibuat di dalam aplikasi borak WhatsApp.

Tetapi kini perkhidmatan itu dihentikan oleh Bank Negara Brazil (BCB), tetapi ia bukanlah akibat timbulnya masalah keselamatan. Sebaliknya, BCB mahu memastikan persaingan di dalam pasaran sistem pembayaran di dalam negara, dipatuhi terlebih dahulu.



Sumber Gambar: The Industry Spread

Bloomberg melaporkan, BCB mahu menyemak semula sebarang potensi risiko terhadap infrastruktur pembayaran dalam negara. Lebih utama lagi, mereka mahu memastikan WhatsApp pay mematuhi peraturan dan undang-undang negara. BCB telah mengarahkan Mastercard dan Visa menghentikan pembayaran dan penghantaran wang melalui aplikasi tersebut dan memberi amaran bahawa mereka boleh dikenakan tindakan jika tidak mematuhinya.

WhatsApp amat terkejut dengan langkah yang diambil BCB ini kerana mereka sering berhubung dengan pihak berkuasa tersebut. WhatsApp menyatakan, mereka mensasarkan untuk menyediakan perkhidmatan pembayaran digital kepada semua penggguna WhatsApp di Brazil melalui konsep terbuka dan akan terus bekerjasama dengan rakan niaga tempatan dan BCB untuk menjadikannya kenyataan. WhatsApp juga merancang untuk menyokong sistem pembayaran pantas BCB yang dijadualkan akan dilancarkan pada bulan November.



WhatsApp Pay di dalam ruang borak

Walaupun Brazil adalah negara pertama WhatsApp Pay dilancarkan, ia sebenarnya telah diuji di beberapa negara tetapi masih tidak dapat digunakan. Di India, WhatsApp Pay telah diuji sejak 2018. Tetapi laporan menyatakan syarikat induk mereka, Facebook masih tidak berjaya mendapat kelulusan kerajaan India untuk dilaksanakan. Selain itu, WhatsApp Pay juga telah diuji di Mexico.

Sumber: The Verge

Tags: FacebookwhatsappWhatsApp Pay
Najib

Najib

POPULAR

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
WhatsApp Pay yang baru dilancarkan, telah disekat penggunaannya oleh BCB

WhatsApp Pay yang baru dilancarkan, telah disekat penggunaannya oleh BCB

25 June 2020
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN