Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Google berusaha untuk ingatkan pengguna agar tidak guna kata laluan yang sama

Menurut Pengarah Kanan Google untuk Keselamatan Akaun dan Identiti, Mark Risher, kata laluan adalah satu perkara yang tidak bagus di internet. Walaupun ia dicipta sebagai keselamatan dan membantu pengguna untuk mendaftar masuk pelbagai aplikasi dan laman web, ia adalah punca utama maklumat peribadi pengguna terjejas.

Salah satu perkara yang menyumbang kepada masalah ini ialah penggunaan kata laluan yang berulang kali di pelbagai tempat. Dalam satu undian oleh Google yang diterbitkan pada Februari 2019, sebanyak 52% pengguna menggunakan kata laluan yang sama untuk pelbagai akaun dan 13% menggunakan kata laluan yang sama untuk semua akaun.

Kerana itu Google kini cuba melindungi pengguna dengan lebih berkesan secara pasif, menerusi fungsi Password Checkup. Ia terdapat di dalam tetapan Security Checkup dashboard yang terbina di dalam semua akaun Google. Ia akan diberikan perhatian yang lebih tinggi.

Password Checkup akan memeriksa sama ada akaun pengguna pernah diceroboh atau tidak, menerusi pangkalan data yang memiliki 4 bilion maklumat yang telah terbocor. Ia akan memaklumkan pengguna jika akaun pengguna tersenarai di dalam pangkalan data tersebut.

Walaupun begitu, Google memaklumkan mereka tidak menyimpan maklumat pengguna secara terbuka, tetapi ia telah disulitkan (encrypted). Dengan cara ini, Google tidak dapat melihat kata laluan pengguna.

Sumber: Google

Google bukanlah syarikat pertama yang menawarkan perkhidmatan menyemak kata laluan ini. 1Password, penyedia perkhidmatan pengurusan kata laluan, menggalakkan pengguna mengubah kata laluan yang lemah atau pendua. 1Password turut menyemak daftar masuk pengguna menerusi pangkalan data Have I Been Pwned, yang memiliki 9 bilion maklumat akaun yang telah terjejas. Apple juga baru mengumumkan di dalam WWDC 2020 bahawa mereka akan memperkenalkan fungsi yang hampir sama ke dalam pelayar Safari.

BACA  Canon EOS R5 & R6: Maklumat Penjualannya di Malaysia

Dengan Password Checkup yang lebih menonjol, ia akan selalu memberi peringatan kepada pengguna untuk mengubah kata laluan mereka jika ia terjejas, di samping memberi panduan untuk menetapkan kata laluan yang lebih selamat.

Sumber: The Verge