Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Facebook akan papar notis peringatan jika pengguna cuba ‘share’ berita lama

Facebook baru-baru ini memperkenalkan satu fungsi baru, yang akan memberi peringatan kepada pengguna bahawa berita yang mereka mahu kongsikan itu, adalah berita lama. Perkara ini dibuat untuk mengesahkan kepada pengguna bahawa mereka mengetahui tentang bilakah berita itu sebenarnya dilaporkan.

Peringatan dari Facebook ini akan muncul dalam bentuk notis yang terkeluar, bila mana pengguna Facebook menekan buang ‘share’ pada artikel berita yang telah disiarkan lebih dari 90 hari. Tetapi ia tidak melarang pengguna untuk meneruskan perkongsian tersebut jika pengguna merasakan ia masih relevan untuk dikongsi.

Langkah ini diambil oleh Facebook selepas kajian mereka mendapati, waktu sesebuah artikel itu disiarkan adalah maklumat yang penting, untuk memastikan orang ramai membaca dan memastikan ia sahih sebelum dikongsi.

Ramai pengamal media memaklumkan mereka bimbang terhadap berita lama yang dikongsikan di media sosial sebagai berita terkini. Ia boleh memberi tanggapan yang salah terhadap sesuatu berita masa kini. Ada pengamal media yang mengambil langkah meeka sendiri dengan melabelkan berita lama di laman web mereka, untuk mengelakkan ia dari disalahguna.

Facebook juga masih mengkaji tentang paparan notifikasi. Contohnya untuk COVID-19, mana-mana berita yang berkaitan COVID-19 akan menerima notis mengenai sumber pautan dan membawa pengguna ke pusat maklumat COVID-19. Dengan cara baru ini, Facebook berharap dapat membantu pengguna untuk mengesahkan kandungan yang terkini, dipercayai dan bernilai untuk mereka.

Sumber: Facebook

BACA  OnePlus Nord jelmaan OnePlus 8 pada harga jauh lebih murah