3 sebab kenapa Mavic Air 2 adalah sebuah drone yang mantap

Artikel ini dibawakan kepada anda oleh DJI Malaysia

Jadi, daripada segi barisan penawaran dron bergred prosumer DJI, anda ada Mavic Mini, Mavic Air 2, dan Mavic 2. Ketiga-tiga siri ini berbeza daripada segi sasaran pengguna. Tapi sekiranya anda sedang mencari dron pertama, saya sangat sarankan Mavic Air 2 dan ini sebabnya.

A small plane parked on the side of a road

Description automatically generated

Kamera power ala Hollywood

A close up of a camera

Description automatically generated

Sudah tentu bila menerbangkan dron berkamera, anda ingin dapatkan video secantik mungkin. Mavic Air 2 miliki sensor pengimejan yang agak besar untuk dron sekelasnya. Menggunakannya, ia boleh merakam video pada resolusi sehingga 4K pada kadar 60 fps.

Di hadapan sensor tersebut ada lensa berapertur F2.8 dengan jarak fokal 24MP. Ia mampu merekodkan data pada kelajuan sehingga 120Mbps dalam bentuk D-Cinelike sekiranya anda perlukan lebih ruang semasa penyuntingan.

A picture containing outdoor, man, grass, flying

Description automatically generated

Ada tiga fungsi pada dron ini yang jadikan anda seperti pengarah filem Hollywood dengan hanya beberapa sentuhan. Semasa merakam, anda ada 3 gaya rakaman iaitu:

  • Spotlight 2.0
  • ActiveTrack 3.0
  • POI 3.0

Tutup mata sekalipun ia masih boleh terbang selamat

Tidaklah nak katakanyang anda perlu tutup mata sewaktu terbangkannya. Sebaliknya, perlu tahu yang Mavic Air 2 dilengkapi teknologi Advanced Pilot Assistance System (APAS) 3.0. Sistem keselamatan ini terdiri daripada 3 sensor pengesan halangan yang masing-masing menghadap ke depan, belakang, dan bawah.semasa terbang, ia boleh mengesan halangan sejauh 44mm dan ia berikan cukup masa kepadanya untuk berikan amaran kepada anda ataupun mengelak apabila perlu.

Lagi tentang keselamatan, DJI telah menambah baik cara komunikasi antara dron dengan alat kawalan. Ia kini menggunakan sistem OcuSync 2.0 yang berikan jarak operasi sehingga 10km dengan suapan video 1080p pada latensi yang rendah iaitu 120ms.

BACA  realme Buds Q bukan satu aksesori audio semata, malahan aksesori fesyen juga

Harga yang tak rabak poket

Mavic yang paling berkuasa, siri Mavic 2 boleh anda dapatkan pada harga bermula RM5,699. Untuk dapatkan dron dengan sensor kamera 1”, anda perlu berbelanja RM6,599.

A person riding a horse

Description automatically generated

Sekiranya anda masih amatur dan baru ingin berjinak dengan penerbangan dron, sudah tentu kos ini sangat tinggi, apatah lagi risiko yang anda hadapi bila gunakannya.

A group of people sitting at a table

Description automatically generated

Sebaliknya, anda boleh pertimbangkan RM3,299 untuk sebuah Mavic Air 2 yang ada keupayaan hampir serupa. Memang anda ada Mavic Mini yang berharga RM1,599 tapi ada beberapa kompromi yang harus anda jangkakan.

A picture containing indoor, monitor, table, sitting

Description automatically generated
A person standing in front of a building

Description automatically generated

Kesimpulan

A plane flying over a body of water with a mountain in the background

Description automatically generated

Mavic Air 2 adalah sweet spot sekiranya anda ingin dapatkan dron pertama untuk videografi ataupun mengasah skill penerbangan anda. Ciri penerbangan dan videografinya hampir setara Mavic 2 Pro pada harga tak jauh bezanya dengan Mavic Mini.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.