Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Honor akan perkenal laptop MagicBook baru dengan rekaan lebih elegan

Honor Malaysia akan mengumumkan sebuah laptop MagicBook baru yang memiliki spesifikasi hampir sama dengna laptop MagicBook sebelum ini, tetapi dengan rekaan baru yang kelihatan lebih menarik. Ia masih dikenali sebagai MagicBook 14, dengan skrin berukuran 14-inci.

Menurut Honor, laptop MagicBook yang baru ini akan dilancarkan pada 6 Julai 2020. Laman produknya di HiHonor Malaysia juga telah lengkap dimuat naik, menceritakan rupa dan spesifikasi penuhnya.

Honor MagicBook 14 akan kekal menggunakan cip AMD Ryzen 5 3500U, bersama pemproses grafik AMD Raden Vega 8. RAM DDR4 di dalamnya sebanyak 8GB dan storannya dari jenis SSD, kini dikurangkan kepada 256GB berbanding 512GB sebelum ini.

Laptop Honor yang baru ini memiliki berat yang lebih ringan, hanya 1.38kg sahaja. Rekaan luarnya menampilkan garisan biru yang membuatnya kelihatan elegan, bersama logo Honor terpapar di belakang.

Satu lagi perbezaan ketara di laptop ini ialah tiada kamera web di atas skrin, sebaliknya kamera ini terletak di papan kekunci dan boleh disembunyikan. Selain itu, ia juga memiliki pengimbas capjari untuk fungsi keselamatan biometrik, digabungkan dengan butang kuasa.

Tenaga baterinya boleh memberikan hayat penggunaan sehingga 10 jam tanpa henti dan ia dicas melalui USB-C dengan kuasa mengecas 65W. Pegecasan selama 30 minit boleh memenuhkan hampir separuh kapasiti bateri. Sambungan yang terdapat padanya ialah 2 port USB-A, HDMI, jek audio 3.5mm dan USB-C yang turut digunakan untuk mengecas.

Honor MagicBook sebelum ini telah dijual pada harga RM2,299 dengan RAM 8GB dan storan 512GB. Adakah MagicBook 14 dengan rekaan baru ini akan kekal dengan harga yang sama atau berbeza? Storan tu dah kecil sikit, kasi kecil sikit juga harganya ya Honor Malaysia.

BACA  Malindo Air kembali terbang ke lokasi domestik seluruh negara