Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Mengapa semakin banyak syarikat berhenti beriklan di Facebook Ads pada bulan Julai?

Unilever, sebuah syarikat gergasi yang menghasilkan barangan pengguna di rumah kini mengumumkan akan menghentikan pengiklanan mereka di tiga media sosial iaitu Facebook, Instagram dan Twitter, khusus di Amerika Syarikat (AS). Pemberhentian pengiklanan ini berkuatkuasa dari 26 Jun sehingga penghujung tahun 2020.

Langkah ini diambil oleh Unilever yang memiliki jenama seperti sabun Dove dan aiskrim Magnum, sebagai tanda protes terhadap syarikat yang menguruskan platform media sosial, dari membendung ucapan kebencian melampau dan menghasut keganasan.

Unilever merupakan syarikat terbaru yang dikatakan menyertai kempen boikot “Stop Hate for Profit“. Kempen ini digerakkan oleh beberapa persatuan, antaranya Advancement of Colored People (NAACP), Anti-Defamation League (ADL) dan Color of Change, yang mengajak individu dan syarikat untuk berhenti mengiklan di Facebook.

Ia kerana Facebook dituduh menutup sebelah mata, apabila membiarkan keganasan terhadap golongan penunjuk perasaan yang menentang penindasan terhadap masyarakat kulit hitam, di dalam kempen “Black Lives Matter“. Facebook memilih saluran berita seperti Breitbard News, sebagai sumber berita yang dipercayai serta menjadikan The Daily Caller sebagai penyemak fakta, walaupun kedua-duanya diketahui adalah penyokong tegar kumpulan kulit putih.

Pada tahun 2019, Facebook telah menjana pendapatan sebanyak USD70 bilion, di mana sebanyak USD69 bilion datang dari bahagian pengiklanan. Dengan memboikot pengiklanan di Facebook, ia akan memberi kesan sangat besar kepada Facebook.

CNN telah menyenaraikan syarikat yang memboikot pengiklanan di Facebook seperti di bawah:

  1. Arc’teryx – pengeluar pakaian aktiviti luar, berhenti mengiklan di Facebook dan Instagram sehingga akhir Julai
  2. Ben & Jerry’s – penghasil aiskrim, berhenti mengiklan di Facebook dan Instagram mulai 1 Julai
  3. Beam Suntory – penghasil arak, berhenti mengiklan di Facebook dan Instagram pada bulan Julai
  4. Coca-Cola – pengeluar minuman kola, berhenti mengiklan di semua media sosial sekurangnya 30 hari
  5. Dashlane – perisian pengurusan kata laluan, berhenti mengiklan di Facebook pada bulan Julai
  6. Eddie Bauer – jenama pakaian aktiviti luar, berhenti mengiklan di Facebook dan Instagram pada bulan Julai
  7. Eileen Fisher – pengeluar pakaian, berhenti mengiklan di Facebook dan Instagram pada bulan Julai
  8. Hershey’s – penghasil coklat, berhenti mengiklan di Facebook pada bulan Julai dan memotong bajet pengiklanan hingga hujung tahun kepada 1/3
  9. Honda – pengeluar kenderaan, berhenti mengiklan di Facebook dan Instagram pada bulan Julai
  10. JanSport – pengeluar beg, berhenti mengiklan di Facebook dan Instagram pada bulan Julai
  11. Levi Strauss – penghasil pakaian,
  12. Magnolia Pictures – studio di Holyywood, berhenti mengiklan di Facebook dan Instagram pada bulan Julai
  13. Patagonia – pengeluar pakaian aktiviti luar, berhenti mengiklan di Facebook dan Instagram
  14. The North Face – jenama pakaian aktiviti luar, berhenti mengiklan di Facebook pada bulan Julai
  15. REI – penghasil pakaian aktiviti luar, berhenti mengiklan di Facebook dan Instagram pada bulan Julai
  16. Upwork – syarikat mencari pekerja, berhenti mengiklan di Facebook pada bulan Julai
  17. Unilever – pengeluar pelbagai barangan pengguna, berhenti mengiklan di Facebook, Instagram dan Twitter sehingga hujung tahun 2020
  18. Verizon – syarikat telekomunikasi, berhenti mengiklan di Facebook sehingga diberitahu
  19. Starbucks – syarikat minuman kopi, berhenti mengiklan di semua media sosial sehingga diberitahu
BACA  Lapor ke JPJ jika terjumpa nombor pendaftaran yang mengelirukan

Sumber: CNN