Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Astro menguji aplikasi Android TV dengan pendaftaran tanpa perlu melanggan satelit

Sebelum ni, aplikasi mudah alih Astro Go hanya boleh didaftar oleh pelanggan set-top-box (STB) Astro, sama ada menerusi satelit mahupun IPTV. Aplikasi Astro Go juga tidak terdapat di Android TV. Tetapi Astro kini dilihat sedang menguji Astro TV di Android TV, serta tidak perlu melanggan STB.

Ujian beta Astro TV kini dibuka kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai, dengan yuran sebanyak RM1 sahaja (RM1.06 termasuk cukai). Ujian ini akan dibuat selama 2 bulan. Jika berminat, anda boleh mendaftar permohonan di sini. Pelanggan dinasihatkan memiliki kelajuan internet sekurang-kurangnya 10Mbps untuk menonton Astro TV.

Dari laman permohonan tersebut, ia manyatakan bahawa pengguna boleh menonton 43 saluran serta lebih dari 10,000 kandungan video-atas-permintaan (VOD) dari platform Astro. Pengguna juga tidak akan terikat dengan kontrak dan boleh berhenti melanggan bila-bila masa.

Buat masa ini, hanya beberapa model TV Android dari jenama Sharp dan Sony yang boleh memasang aplikasi Astro TV. Tetapi tidak perlu khuatir jika anda tidak memiliki TV Android tersebut, ia juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro Go di Apple Appstore, Huawei AppGallery dan Google Playstore. Pelanggan juga boleh mendaftar masuk menerusi pelayar web di komputer untuk menonton.

Antara saluran yang terdapat di dalam ujian beta ini ialah saluran filem seperti HBO, Cinemax dann tvN Movies, serta saluran sukan seperti Astro SuperSport, beIN Sports dan FOX Sports. Saluran ini ditawarkan dalam resolusi HD jika ada. Senarai penuh saluran tersebut ada di bawah ini:

Pengguna juga boleh menikmati pelbagai fungsi seperti “Play From Start” jika rancangan telah berlangsung tengah jalan, serta 200 jam storan awan untuk menyimpan kandungan dan ditonton kemudian.

BACA  Fon kepala baru Vivo TWS Neo akan datang ke Malaysia

Dengan menawarkan pelan mudahalih, bermakna Astro kini bersedia untuk menawarkan pelan yang lebih mampu dimiliki kerana tidak perlu memasang STB, satelit dan perkakas lain. Dengan cara ini, kos boleh dikurangkan dan pengguna boleh menikmati lebih banyak kandungan khas di Astro, terutama sekali siaran langsung sukan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Astro TV App Beta Program.